Trekking ke Sungai Lepoh



Kali ini aku trekking ke Sungai Lepoh. Dah lama sebenarnya nak ke sini tapi baru kali ni dapat seru. So awal2 pagi aku, wife n si kecik 2 tahun ni bersiap untuk ke Sungai Lepoh yg terletak di Hulu Langat.

Hulu langat ni xde la jauh sangat dari tempat kami memandangkan aku tinggal di Semenyih. Dalam perjalanan, kami singgah tapau nasi lemak n kuih2 sebagai breakfast. Yg kuih2 tu kami makan dalam kereta je. Nasi lemak tapau bawa makan kt air terjun.

Nak ke sungai lepoh ni korang type je kt maps tu asli adventure camp iaitu tempat pemula nak ke sungai lepoh.

Asli adventure camp in map


Pukul 9 pagi kami tiba di Asli Adventure camp. Tengok kereta dah bersusun dah kt luar. Pakcik jaga parking ni minta untuk kami park dekat dalam camp. Cost parking adalah rm5.


Tempat park kereta

Before start trekking tu anak aku la yg paling eksited sekali. Semangat berjalan. Tak lama pastu kena la dukung. Nasib baik ada bawa carrier dia. Kalau x, patah tangan ni..haha.

Kejap je nk jalan tu


Sungai lepoh ni sesuai tak bawa budak kecik? Depend dekat korang sendiri sebenarnya. Kalau korang jenis adventure n berani ambil risiko, xde masalah. Tapi make sure keselamatan anak tu diutamakan.

Sebelum ni aku dah bawa anak aku ke Chilling, bukit gasing n frim. Jadi aku rasa dia dah sedia untuk trekking yg jauh sikit. Plus, sg lepoh ni x ada cerun yg merbahaya. Cuma ada satu je trek pacak yg menguji keimanan korang.haha

Korang make sure korang mula masuk melalui simpang air terjun sebelah Asli adventure camp tu. Lepas tu korang akan melintasi 2 titi kayu. Just make sure korang pilih jalan yg betul. Pilih yg ada titi kayu. Kang smpai kebun orang lak.

First river crossing

Make sure korang ada lalu titi ni
Geng bawak anak

Sepanjang jalan di Sungai Lepoh ni ada banyak denai2 kecil yg mungkin buat korang konpius. Just fokus dekat main road dan jangan masuk simpang lain. Kalau tak pasti, cuba tengok selalunya ada marking tape tu diletakkan bagi memudahkan laluan korang. Kalau x sure gak, tunggu la orang lain datang n follow diorg.haha

Xtau jalan? Follow je orang

Be sure of your route

Selepas melalui jalan2 kebun dan kawasan pokok buluh, korang akan sampai pula di kawasan pokok getah. Depan kawasan pokok getah ni lak ada sebuah pondok usang. Kalau jumpa, korang masih berada di laluan yg betul le tu.

Pondok tinggal

Lepas pondok tu tadi, korang teruskan berjalan sehingga jumpa ada paip besar di laluan korang. Ikut je laluan tu. Sini dah tak de banyak simpang sebab motor dah x boleh lalu. So jalan ke kebun tu dah xde.

Ada satu trek pacak yg perlu korang lalui dekat sini. Sorang abang ni gtau kitorg nama tempat tu bukit pacak. Memang pacak le kan. Mengah aku dibuatnya. Sambil dukung budak lak kan. Huhu..

Pancit

Take 5 lagi..

Rehat jap..

Lepas bukit pacak tu dah xde laluan yang lagi azab dah. Teruskan berjalan smpai korang jumpa macam ada lagi satu pondok lain. Lepas tu korang dah boleh dengar air terjun dah dengan jelas.

Ada sikit laluan mendaki yg agak bahaya dekat nak ke air terjun ni .Kalau korang bawa budak, just be careful. Langkah dengan hati2 takut licin.

Tak berapa jauh kemudian smpai la korang di air terjun lepoh. Time kitorg smpai tu memang crowded giler sebab tempat dia x luas sangat. So, tempat tu jadi tempat orang berkumpul. Ada kawasan batu2 yg korang boleh menggelungsur terus masuk dalam air.

Ramai orang

Kawasan air terjun

Cantik kan waterfall dia

Total perjalanan kami ke air terjun lepoh tu adalah sejauh 5km dan mengambil masa 2 jam. Aku sure korang yg fit boleh sampai lagi cepat.

Air dia memang sejuk sungguh. Memang best la mandi time2 panas gini. Tempat ni rupanya agak popular sebab aku tengok orang luar dari jepun n omputih pun ada sini. Kami cari satu port untuk makan nasi lemak yg tapau tadi smbil biar si sara main air.

Hepi famili
  
With abah

Budak excited jumpa air

Gigih susu batu

Sara with mama

Dah puas main air. Kami pun gerak balik. Perjalanan balik agak leisure sebab x perlu nak mendaki bukit akar tu lagi. Lega rasanya..cuma kena jaga step sikit sebab dukung budak kecik ni.

Dalam sejam setengah kemudian kami pun tiba di bawah. Bagi aku trek ni memang sangat nice untuk yang baru nak cuba light hiking or trekking. Really smooth hiking dan air terjun yg cantik di hujung jalan.

Total ada 6 checkpoint sepanjang jalan tapi aku x jumpa checkpoint last. Maybe sebab aku tak panjat waterfall tu smpai abis. Tips kalau nak selesa mandi air terjun tu, datang seawal yg boleh. 

Sekian saja untuk blog kali ni. Hope u all have an amazing day,

Assalamualaikum~~





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2