Posts

Showing posts from September, 2019

Camping di Port Dickson

Image
Assalamualaikum, Entry kali ni aku nak cerita berkenaan aktiviti camping kami 3 beranak di Port Dickson. Actually dah lama plan nak camping ni.  Awal hari tu plan nak buat di Janda Baik. Tetapi bertukar ke Port Dickson. Campsite yang kami pilih adalah Seri Ratu Campsite. So,  pada tanggal 14 Sept 2019, kami pun bergerak ke Port Dickson. Perjalanan daripada Semenyih cuma mengambil masa sejam lebih sahaja. Kami tiba di PD lebih kurang jam 11.30 pagi dan terus ke Campsite. Nak ke sini cukup mudah.  Terletak cuma depan sikit daripada famous Pantai Teluk Kemang,  anda akan nampak signboard pantai ni. Tak pun,  just letak di maps atau waze nama Seri Ratu Campsite. Pantai Depan campsite Bayaran dikenakan adalah Rm30 untuk khemah sendiri, parking rm5 per car dan bayaran rm5 per head.. So total harga kami bayar harganya RM45 untuk camping. Tempat bayaran masuk Fasiliti sini complete.  Ada tandas dan bilik air,  surau,  parking,  tempat karaoke dan campsite yang

Mendaki Gunung Kinabalu sempena 50 tahun Agrobank

Image
Mendaki Gunung Kinabalu Sempena Ulang Tahun ke-50 Agrobank Tanggal 1 September 2019, aku bersama 24 lagi kakitangan Agrobank menyertai misi mengibarkan bendera Agrobank di puncak Gunung Kinabalu bersempena dengan ulang tahun ke 50 Agrobank. Aktiviti ini dianjurkan oleh kelab sukan Agrobank dan ujian bagi pemilihan peserta dilakukan 5 bulan lebih awal.  Lebih dari 100 orang mendaftar untuk menyertai ekspedisi ini. Bagi melayakkan diri semua peserta dikehendaki untuk melengkapkan 20km larian dan 20 jam masa aktif diambil daripada rekod apps STRAVA. Selang beberapa bulan kemudian,  25 peserta akhir telah dipilih untuk mewakili Agrobank.  Kami kemudiannya dipanggil ke Pusat Latihan Agrobank untuk diberikan taklimat pendakian dan latihan pendakian dengan mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan di Semenyih. Selain itu,  Aku sendiri telah menjalani beberapa siri latihan bagi melengkapkan diri menghadapi pendakian Gunung Kinabalu.  Antara latihan yang dilakukan termasukla