Posts

Percutian ke Port Dickson - Yasara's Birthday Treat

Image
Pada 20 & 21 Oktober yang lalu, aku dan famili ke Port Dickson untuk sambutan hari lahir princess kesayangan kami iaitu Yasara.
Sebenarnya PD ni dah tak asing lagi bagi kami sekeluarga. Boleh kata kerap gak kami santai2 di sini sebab kami tinggal di semenyih dan perjalanan ke PD lebih kurang sejam je. Biasanya cuma 1 day trip je kami di PD
Tetapi untuk kali ni, my wife ada plan special untuk kami oktober baby ni. Yup! Birthday aku cuma 5 hari awal dari anak aku ni. My wife memang xnak gtau sampai sudah di mana kami akan menginap di PD. Cuma pada hari kejadian je, dia setkan nama tempat di gps aku.
Disebabkan kami cuma boleh check in jam 3 petang, lepas zuhur baru la kami bergerak ke PD.
Tempat penginapan kami di PD adalah D'Wharf hotel & Serviced Residence. Tempat memang sempoi abis. Harga? Aku xtau..puas tanya wife, dia still xnak kasi tau. Her treat katanya..Hotel ni terletak berhampiran dengan PD Waterfront. Kiranya strategik la bagi aku. Ada tempat lepak, ada mcd ada …

Percutian di Seoul September 2018 - Day 4 & 5

Image
Yay!! Hari keempat di Seoul dan kitorg akan jalan2 di Nami Island!! Nami Island ni sapa tak kenal kan? Tipu la kalau sampai Korea ni tak jejak kaki ke Nami Island. Pulau ni jadi terkenal disebabkan oleh drama korea berjudul Winter Sonata dulu.
Nami Island ni bukanlah berada di kawasan bandar Seoul jadi untuk ke sini agak jauh sikit. Kitorg bangun seawal pagi yang boleh untuk ke sini. Sebabnya selain daripada Nami Island ni, kitorg bercadang untuk ke dua lagi tempat iaitu Bukchon Hanok Village dan juga Dongdaemun market. Cabaran pertama aku hari ni, nak bangun dan mandikan si Sara ni..huhu
Cabaran seterusnya adalah untuk menaiki train ke Gapyeong station. Gapyeong station ni sebenarnya adalah stesen yang korang perlu turun untuk ke Nami Island ni. Untuk ke Gapyeong station ni korang kena beli tiket itx. Dia tak macam subway biasa yang boleh guna t-money tu. So, dari mana2 pun korang di bandar Seoul ni make sure last sekali korang turun di Gapyeong station. Kitorg sendiri beberapa kali…