Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2



Day 3

Hari ni merupakan hari ketiga percutian dan hari kedua kami di Sapa. Kalau semalam kami just santai2 di pekan Sapa, hari ni a bit adventure sebab kami akan ke Fansipan Mountain dan Cat Cat Village.

Sebelum keluar, kami make sure pakaian kami cukup tebal supaya x sejuk. Sebabnya suhu di Fansipan Mountain lebih sejuk daripada di Sapa Town ni dan boleh mencapai suhu negatif. Sebelum keluar, kami breakfast dulu di hotel. Kami just amik roti n jem serta buah buahan ja. Dalam banyak2 menu tu, korang patut try jagung rebus dia. Lain macam sikit sebab rasa dia macam makan pulut lak.  Rasa sticky gitu..Lain2 makanan tu pandai2 sendiri la. Pilih yang halal dan yakin untuk korang makan. 

makanan untuk si kecik

buffet style. pandai la nak piih apa pun

my breakfast today

Tiket untuk ke Fansipan Mountain kami dah book awal2 dengan King Express n tiket tu dihantar ke hotel pagi ni. So kami just pickup dekat receptionist je. Kalau xnak book in advance, boleh je beli di kaunter tiket di Sun Plaza. Kami bayar sebanyak 740k dong untuk tiket kereta kabel dan train dari sun plaza ke Fansipan legend iaitu tempat naik kereta kabel. Aku memang sangat rekemen korang amik tiket train dari sun plaza tu sebab mudah n takyah pening nak cari teksi ke tempat cable car.

Sun Plaza juga bangunan ikonik di Sapa

Dari hotel kami jalan kaki je ke Sun Plaza yang hanya few hundred meter dr hotel. Dalam sun plaza just follow signboard untuk ke terminal. Time kami smpai tu orang x ramai. Maybe sebab bukan time peak season jadi tak lama la nak tunggu train.

gini lah rupa train tu. klasik je

ruang dalam tran yang cantik dan selesa

Kami agak bernasib malang time tu sebab x nampak sebarang view kt luar train. Kabus tersangat lah tebal. Kalau cuaca clear boleh la nampak perkampungan Ta Van dan kawasan padi bukit yang cantik. Kitorang just layan bergambar dalam train je.

kabus je kat luar

Tak berapa minit kemudian kami tiba di Fansipan Legend. Di sini, kami terus berjalan ke arah cable car untuk ke Fansipan Mountain. Disebabkan orang yg x ramai, kami dapat cable car untuk kami bertiga sahaja. X campur orang. Cable car dia agak besar. Kira macam boleh muat 20 orang gak.

transport dah smpai

bertiga saja dalam cable car

dah tidoq dah


luas gak dalam cable car ni

Perjalanan ke puncak menaiki cable car tu ada la dalam 15 ke 20 minit. Sesekali angin kuat tiup, rasa nak gugur jantung. Bergoyang abis gondola tu. Sepanjang jalan memang x nmpak apa sebab berkabus. Just ada few moment yang kabus dia clear menampakkan kawasan gunung fansipan yg cantik.

baru nampak mountain dia
Turun je cable car, angin sejuk terus menerpa. Suhu time tu adalah 1c.. Keluar je dari building cable car tu, lagi sejuk..plus angin yang kuat. Memang rasa sampai ke sum sum tulang oiii

Untuk ke puncak, kena mendaki lebih kurang 500 anak tangga. Disebabkan cuaca yg terlalu sejuk dan kabus tebal. Aku decide untuk ambil je satu lagi train yang terus bawa kami ke puncak Fansipan. Harga tiket train untuk ke puncak adalah 70k dong seorang dan turun lak 80k dong. Tapi untuk ke train tersebut still perlu mendaki a few anak tangga,

pintu gerbang

tebal kabus

dalam train untuk ke puncak


rosess

atas ni pun ada temple

Just berapa minit ja nak ke puncak dengan train ni. Di puncak suhu bertambah sejuk sampai cecah -2c. Tapi suhu di puncak gunung ni plus angin yg kuat memang akan terasa lagi sejuk dari suhu sebenar. So kalau yg ke puncak Fansipan pada bulan nov to march tu be prepare dengan pakaian yg sesuai.

Sekali lagi luck xde untuk kitorg. Kabus yg tebal buatkan kitorg x nampak pmandangan awan carpet yg cun dr puncak. Ada juga satu patung buddha besar dan menara di puncak ni yg kami lansung tak nampak akibat kabus tebal. Disebabkan cuaca yg sejuk, kitorg just amik few gambar n lari masuk ke kedai kopi di puncak. Kena kopi dalam suhu yg sejuk gedi tu memang heaven sangat la.


hmm..sini pun tido budak tu

summit of Fansipan

gunung tertinggi di Indochina

segar kena kopi

nak turun dah

besar tul gear dia

makcik2 belakang tu kawan baru kami dalam cable car

in the clouds


Selepas turun dari fansipan, kami berjalan2 sekitar fansipan legend. Dekat luar building dia ada banyak taman bunga yg cantik2. Memang spot cantik untuk bergambar. Kalau korang datang hujung bulan 12 siap ada snow festival lagi.

Fansipan Legend

another temple

daun mana daun

in the mist

hepi dapat bunga

di taman bunga

snow mana snow




Selesai jalan2 kami pulang ke hotel untuk berehat dan makan tengah hari before gerak ke lokasi seterusnya iaitu Cat2 Vilage. Macam biasa makan tengah hari kami adalah Instant rice Brahim.

Untuk ke cat2 village, kami cuba nak gunakan grab ja. Tambang dalam apps cuma 30k dong dari hotel. Tapi rata2 driver minta duit sebanyak 80k dong untuk ke sana. So kitorg cari transport lain sebagai alternatif. Kalau jalan kaki cuma lebih kurang 2km ja sehala. Tapi sebab jalan berbukit, nangis kang nak balik hotel. So, kami pilih untuk sewa motor je.

tempat sewa motor

Tempat sewa motor tu just sebelah hotel je. Nego punya nego, taukeh tu bagi aku harga 70k dong untuk sewa dari jam 3 petang tu sampai 7 malam dengan minyak full tank. Aku on jer lah.

ini la dia moto kami



Dengan berpandukan maps, kami pun smpai la di Cat2 village ni. Just jangan terlepas simpang masuk kampung tu. Sebab simpang nak masuk tu just jalan kecik bertangga n motor xleh masuk. Jadi kami kena park di tempat disediakan dengan bayaran parking sebanyak 10k dong. Tiket lak kena beli di kaunter disediakan dengan bayaran 70k dong seorang.

tempat park moto n tiket


gate masuk
Sepanjang jalan di Cat2 village ni dipenuhi dengan penduduk kampung yg menjual pelbagai jenis cenderamata. Kawasan ni gak dipenuhi dengan anjing dan babi yg menjadi haiwan peliharaan mereka. Jadi beware of your step. Takut kang berlanggar dengan binatang tu. Lagi teruk, terpijak najis dia..

cenderamata sepanjang jalan

lagi cenderamata

coffee anyone?


Di penghujung jalan bertangga tu lah sebab sebenar kami datang ke Cat cat village. The waterfall!!. Memang cantik air terjun dia. Nak mandi? Idok ler...sejuk kot time tu.



the waterfall

deras air dia

handcraft

one of the bridge


misty village

orang tolong amik gmbar

tenang kan nampak?


Comel basikal

Selain dari air terjun, ada juga beberapa kincir air di sni. Aku x pasti tujuan kincir air ni tapi yg pasti memang very nice spot untuk bergambar lah. Kawasan ni pun agak crowded dengan tourist.

ni lah kincir air tu

ada few sebenarnya benda ni



Kami x spend masa lama sgt di cat2 village ni sebab kami smpai agak lewat dan aku xnak la bawa motor dalam gelap di kawasan berkabus tu. Perjalanan balik ke parking motor tu memang agak mencabar la sebab agak tinggi tangga2 dia. Untuk yg betul2 x larat tu boleh la bonceng rider2 sini yg tunggu di kawasan tangga. Diorg akan bawa naik motor melalui jalan alternatif untuk korang balik ke hotel atau mana2 drop point anda.

Smpai di parking moto n masa nak gerak, aku perasan yg sebenarnya motor aku xde lampu. Dah tu camner nak jalan kalau dah malam? Pandai tokeh motor tu bagi aku sewa smpai pukul 7 konon So, aku decide untuk pulangkan je motor tu.

On the way balik hotel, baru aku perasan jalan yg aku lalu tu one way n aku terpaksa lalu jalan lain utuk balik hotel. X sangka lak jalan lain tu lagi jauh n mencabar. Dengan bawa moto dalam keadaan berkabus n jarak penglihatan cuma beberapa meter di hadapan, memang adventure abis la.

Alhamdullilah, kami selamat smpai di hotel sebelum malam. Malam tu kami cuma bermalas malasan di bilik. Penat berjalan seharian siang tadi. Nak keluar bilik pun jadi malas. Nak dijadikan cerita,tiba2 punca bekalan elektrik lak xde. Huhu..

sejuk la tu..cari tempat santa claus turun
Lampu dalam bilik masih berfungsi. Tapi power di semua soket xda. Ni termasuklah heater, tv, charger semua x berfungsi. Bila ditanya ke pihak hotel katanya ada masalah dengan bekalan elektrik n sebahagian kawasan sapa xde elektrik. Diorg pun x pasti ble boleh pulih.

Jadi malam tu tdo lah kami dengan memakai jaket tebal dan stokin akibat sejuk.

Day 4

Hari ni adalah hari terakhir kami di Sapa. Bangun2 pagi aku nampak ada bilah2 cahaya cuba memecah kabus yang dah dua hari menyelubungi bandar Sapa. Hopefully sebelum check out dapat le nampak mountain view dari bilik. Ye la..bayar extra kot untuk mountain view room. Rugi la kalau tak nampak apa dari bilik.

budak baru bangun

with her feveret jagung


sinar harapan

Phuong Nam Hotel

Lepas breakfast, kami kembali ke bilik untuk berkemas dan check out. Sampai abis berkemas pun still tak nampak view mountain. Mungkin bukan rezeki kami kali ni. berhuhu jer lah..

so much for mountain view

Lepas check out dan tinggalkan beg di hotel, kami ambil keputusan untuk betul2 explore bandar Sapa ni dengan berjalan2 ke Sapa Museum, Sapa Lake, Sapa Love Market & Sapa Market. Cadangan asal adalah untuk sewa motor dan gerak ke Silver waterfall dan Gate of Heaven yang terletak kira2 15km dari Sapa Town. Tapi terpaksa batalkan hasrat lepas pengalaman sewa motor semalam. Plus dengan bawa anak kecik naik motor 3 orang mungkin bukan idea yang baik memandangkan jalan dan cara pemanduan dekat Vietnam ni. Tapi kalau korang ada peluang, pergi la melawat tersebut. really worth it.

Tempat pertama kami tuju hari ini adalah Sapa Museum. tapi xde luck sebab tutup. Dari luar pun nampak macam abandon tempat tu. Tak sure lak sama ada tempat tu dah lama tutup. Kami just2 ambil2 gambar di kawasan sekitar je.

near majestic sun plaza

fefeeling europe

xde luck dengan salji. amik gmbar ngan poster jadi la

shejukk

nak view camni datang la dalam bulan 9



antara landmark di Sapa. Sapa church

Next location sepatutnya kami ke Love market yang cuma dibuka pada hari weekend di sekitar area Sapa church. Tapi maybe sebab awal lagi, xde orang yang meniaga. Sapa Love Market ni just tempat suku2 kaum di Sapa menjual barang2 kraft mereka. Kalau ada rezeki boleh la tengok apa yang menarik untuk dibeli bawa balik Malaysia.

xde orang menjual lagi tapi ni lah tempat dia



On the way menuju ke Sapa lake, kami berhenti untuk beli strawberi dan buah berangan. Buah strawberi dia memang best. Maniss sangat. Rugi tak beli. Selain tu ada gak buah2 lain yang aku tak pernah jumpa sebelum ni. Nak beli tak berani lak. Kalau ada bran, maybe korang patut try..

sedap strawbery dia

makcik berangan

Sapa Lake ni memang terletak betul2 di tengah town Sapa. Tasik dia memang cantik bak dalam poskad. Kebetulan time kami sampai kabus dah mula menghilang, buat pertama kali dalam 3 hari kami di Sapa ni, jadi boleh la kami nampak keindahan bandar Sapa dengan sepenuhnya. Sambil berehat di bawah pokok makan buah berangan panas2 lak..fuhhhh!! Aku takkan lupa pengalaman indah ini.

Sapa Lake

itik2 yang tak beroperasi

dengan bunga2


tatkala berkabus

tatkala cerah

time cerah

time berkabus







another sakura at Sapa Town

Puas bergambar sekitar Sapa Lake, kami ke Sapa Market lak. Sapa Market ni tempat jual barang2 cenderamata. Memang banyak pilihan barang untuk korang beli di sini termasuklah pakaian, key chain, beg, barang outdoor, kekacang dan banyak lagi. Boleh la nak beli kt mak, ayah, adik beradik, marka, kawan opis semua..Tips beli barang kat sini, apa barang korang nak beli pun, jangan lupa tawar harga!!Tawar selagi mampu sebab memang culture jual beli sini camtu. Biasa aku tawar harga half dari apa dia offer. Kalau korang dapat lagi murah, lagi bagus.

pintu masuk Sapa Market


banyak barang2 kt sii. harga kena tawar

lengang hari ni. siap orang leh main takraw

Lepas balik dari Sapa Market, kami ke satu satunya tempat yang sediakan makanan halal di Sapa ni iaitu di Cosiana Hotel. Tempat tu sebenarnya tak jauh pun dari hotel kami tinggal. Tapi mayb sebab kami bawa banyak stok Brahim jadi kami tak cari la kedai makanan halal sangat di Sapa ni. Cuma semalam kami ada singgah satu restoran ni dengan tulisan Halal besar di pintu. Bila kami masuk dan nak order makanan memang terkejut la tengok menu semua pun ada babi. Kami just order kopi dan keluar. Just make sure korang be careful takut ada yang temakan B*** kang.

Hotel Cosiana ni Alhamdullilah memang tak mengecewakan dan menu dia meyakinkan kami untuk makan di sana. Kami order Pho sayur dan Pho daging juga spring roll vietnam yang semua tu makanan tradisi di sini. Yela datang tempat orang takkan nak order nasi lemak je. Cuaca petang ni memang perfect. Matahari baru keluar lepas 3 hari kami kat sini. Teringat lak kami dah check out dari hotel, kalau tak mesti best rehat kat bilik sambil menikmati Mountain View..Bukan rezeki kami..Dapat view mountain dari Cosiana Hotel ni pun jadilah..

on the way ke Cosiana Hotel. Sinar mentari mengundang

above the clouds

our table

pho sayur

our menu for today


mountain yag tersembunyi sebelum ni

Makanan di Cosiana ni biasa2 jer. Tapi yang penting ialah halal dan harga pun berpatutan. Lepas puas makan kami kembali ke hotel tempat kami menginap untuk menunggu van yang akan ambil kami untuk ke Lao Cai. Sambil menunggu tu sempat la nak rasa view mountain dari hotel kam menginap dengan pergi ke rooftop hotel.

we miss this from our balcony



Transport kami tiba sekitar jam 5 lebih dan kami pun dengan perasaan berat hati terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pekan Sapa yang cantik dan menenangkan ini. Memang sayang betul untuk aku tinggalkan tempat ni..huhu

Kami smpai di Lao Cai selepas sejam dalam van. Di situ kami berjumpa dengan staff King Express untuk mengambil tiket train ke Hanoi. Train bergerak meninggalkan station Lao Cai tepat 9.30 malam. Macam biasa aku di katil atas n my wife di bawah bersama anak aku.

our train

stesen Lao Cai

Gud Nitee

Esok kami ada full day di hanoi sebelum bertolak balik ke Malaysia hari berikutnya. Untuk entry seterusnya aku akan cerita tempat tempat menarik yang kami lawati di Hanoi. Memang patah kaki berjalan..Hehe

Sehingga berjumpa lagi di entry seterusnya..Assalamualaikum..











Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson