Posts

Showing posts from 2019

Percutian ke Cherating

Image
Percutian ke Cherating Day 1 Alhamdullilah pada tahun ini first time dapat jejak kaki di Cherating. Plan nak ke Cherating ini adalah untuk sambut birthday anak aku yang masuk ke tahun 3 oktober ini. Pagi tu kami bertolak dalam jam 8.30 pagi dari Semenyih. Plan kami adalah untuk singgah dI Temerloh untuk pekena ikan patin sebelum sambung ke Cherating.  Dah alang2 satu jalan tu kan.. Maklumlah Temerloh pun aku pernah sampai sekali ja sebelum ni.  Tu pun untuk misi bantuan banjir besar dulu.  Makan patin pun x sempat. Dalam jam 11 pagi kami tiba di Kedai ikan patin.  Kedai yang kami pilih untuk kali ini adalah Kancil Raja Patin. Kedai ni betul2 terletak bersebelahan dengan Sungai Pahang.  Sambil makan tu boleh la ushar view sungai. Ni lah dia kedai dia Sangkar patin di sg pahang Kedai dia tul2 sebelah sungai pahang Makanan dia memang A.  Patin tempoyak dan pais patin adalah menu yang korang patut try kat sini.  Memang terbaikk!! Harga pun sangat berpatu

Camping di Port Dickson

Image
Assalamualaikum, Entry kali ni aku nak cerita berkenaan aktiviti camping kami 3 beranak di Port Dickson. Actually dah lama plan nak camping ni.  Awal hari tu plan nak buat di Janda Baik. Tetapi bertukar ke Port Dickson. Campsite yang kami pilih adalah Seri Ratu Campsite. So,  pada tanggal 14 Sept 2019, kami pun bergerak ke Port Dickson. Perjalanan daripada Semenyih cuma mengambil masa sejam lebih sahaja. Kami tiba di PD lebih kurang jam 11.30 pagi dan terus ke Campsite. Nak ke sini cukup mudah.  Terletak cuma depan sikit daripada famous Pantai Teluk Kemang,  anda akan nampak signboard pantai ni. Tak pun,  just letak di maps atau waze nama Seri Ratu Campsite. Pantai Depan campsite Bayaran dikenakan adalah Rm30 untuk khemah sendiri, parking rm5 per car dan bayaran rm5 per head.. So total harga kami bayar harganya RM45 untuk camping. Tempat bayaran masuk Fasiliti sini complete.  Ada tandas dan bilik air,  surau,  parking,  tempat karaoke dan campsite yang