Camping di Port Dickson
Entry kali ni aku nak cerita berkenaan aktiviti camping kami 3 beranak di Port Dickson.
Actually dah lama plan nak camping ni. Awal hari tu plan nak buat di Janda Baik. Tetapi bertukar ke Port Dickson. Campsite yang kami pilih adalah Seri Ratu Campsite.
So, pada tanggal 14 Sept 2019, kami pun bergerak ke Port Dickson. Perjalanan daripada Semenyih cuma mengambil masa sejam lebih sahaja. Kami tiba di PD lebih kurang jam 11.30 pagi dan terus ke Campsite. Nak ke sini cukup mudah. Terletak cuma depan sikit daripada famous Pantai Teluk Kemang, anda akan nampak signboard pantai ni. Tak pun, just letak di maps atau waze nama Seri Ratu Campsite.
Bayaran dikenakan adalah Rm30 untuk khemah sendiri, parking rm5 per car dan bayaran rm5 per head.. So total harga kami bayar harganya RM45 untuk camping.
![]() |
Tempat bayaran masuk |
Fasiliti sini complete. Ada tandas dan bilik air, surau, parking, tempat karaoke dan campsite yang cantik betul2 bawah kawasan pokok kelapa dan mengadap pantai.
![]() |
Port kami di hujung |
![]() |
Luas campsite dia |
![]() |
Pantai berbatu. Boleh tangkap ketam |
Kami cari port paling hujung supaya ada privacy skit dan terus dirikan khemah. Dah siap pasang khemah, kami keluar semula untuk membeli sedikit barang masak malam ni dan isi perut yang lapar ni.
![]() |
Lapar sgt dah tu |
![]() |
Ni la nama kedai kami makan |
![]() |
Asam pedas dia so so.. We had better |
Dah kenyang. Kami kembali semula ke campsite. Aktiviti petang tu kami just bersantai di dalam khemah sebab cuaca agak panas dan berjerebu.
![]() |
View from our tent |
Bila dah hampir jam 5 dan cuaca dah kurang panas, kami pun turun ke pantai. Macam2 aktiviti boleh buat kt sini. Nak main jet ski, banana boat semua ada. Sebab sara still kecik, kami main korek2 pasir tepi pantai ja.
![]() |
Main pasir |
![]() |
Model |
![]() |
Sunset berjerebu |
Menjelang malam, kami pun memulakan aktiviti masak memasak. Malas nak buat bakar2, kami just bawa stove untuk masak spagetthi.
![]() |
Chef yg gigih |
![]() |
Kanan tu nak tolong ke nak kacau |
![]() |
Spagetthi super lazat |
Dah makan, perut dah kenyang, air pun dah surut. Kami kembali ke main event, nak tangkap ketam!! Berbekalkan headlamp, baldi dan pengepit, kami pun mula mencari ketam di kawasan berbatu.
Aku ingat senang tangkap ketam ni, rupanya memang susah. Kalau tak perhati betul2 memang nampak sama saja dengan batu. Dah tu, laju betul berlari kalau dalam air.
![]() |
Jenuh cari dalam gelap |
![]() |
Sengih ja budak tu |
![]() |
Ada la 3 ekor |
![]() |
Penat ligan ketam |
Dah abih tangkap ketam, turn abah lak memancing. Tunggu dalam setengah jam tapi macam xde hasil, so aku ambil keputusan untuk tidur je..
![]() |
Memancing lak |
Esok pagi pas subuh, aku sambung memancing.. Tapi membangau lagi. Lepas breakfast, kami sambung mandi pantai pulak.
Pagi tu agak riuh rendah sebab ada 2 company yang buat Team Building di sini.
![]() |
Sleeping beauty |
![]() |
Boleh dah berkemas nk balik |
![]() |
Team building |
![]() |
Team building lagi |
Pukul 12 tengah hari kami berkemas dan checkout dari Campsite. Perjalanan kami diteruskan dengan trekking ke Lighthouse Cape Rachado.
Lighthouse ni terletak dengan simpang yang sama untuk ke Blue Lagoon. Bayaran masuk ke sini cuma Rm1 seorang. Kanak2 free..
![]() |
Tempat bayar |
Trek untuk ke Cape Rachado ni cuma santai je. Jalan berturap dan kiri kanan ada pokok2 hutan yg menyamankan. Untuk ke Lighthouse cuma mengambil masa lebih kurang 20 mini sehala.
![]() |
Suasana tenang dan nyaman |
![]() |
Banyak pondok untuk rehat |
![]() |
Sampai ke sudah nak berdukung |
Pada mulanya aku bercadang untuk ke Puncak Bukit Batu Putih yang boleh dilalui melalui denai lain odw ke Lighthouse. Tetapi si Sara ni meragam lak, so terpaksa la patah balik.
![]() |
Jalan jap before patah balik |
![]() |
Budak banyak ragam |
View dari Lighthouse hari tu agak kabur sebab jerebu. Kalau x, boleh la nampak view laut yang cantik. Nak masuk ke Lighthouse pun perlukan kebenaran, so kami just ambil gambar dari luar je.
![]() |
View berjerebu |
![]() |
Lereng tepi lighthouse |
![]() |
The lighthouse |
![]() |
Tangga ke lighthouse |
Kami turun semula dalam jam 1 lebih.. Dengan pendakian ke Cape Rachado itu maka berakhirlah percutian kami di PD pada kali ini.
Overall, Pantai Sri Purnama ini memang campsite yang baik dengan fasiliti yang lengkap. Banyak aktiviti boleh buat kat sni. The only drawback is tempat ni agak bising dengan open karaoke yang dibuka sampai pukul 1 pagi. Jadi, kalau korang yang camping bersama famili atau inginkan ketenangan, this is not a place for you.
Insyaallah kami akan kembali untuk camping di PD pada lain kali. Tapi of coz bukan di sini lagi. Maybe boleh try tempat plak macam pantai saujana or h&n campsite..
Sehingga berjumpa lagi di lain entri..
Assalamualaikum~
Bestnyaaa
ReplyDeleteBali private tour Driver | Tour package | transport Call/Wa +6282235160518 web MairaTours private driver
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteNak tanya, ade no fon utk book kwsan tapak perkhemahan tu x? Cari kt google xde
ReplyDeleteMaaf, saya x ada..just walk in saja
Deletewow macam menarik, malam tdur tepi pantai tu sunyi x
ReplyDeleteRamai orang..x sunyi. Lampu n toilet pun ada sepanjang malam
Deleteplanning hjg minggu nak ke PD tpi nak khemah tepi pantai, port je xtau kat mana
ReplyDelete