Percutian di Hanoi & Sapa - Part 3



Day 5

Selepas 10 jam perjalanan menaiki train dari Lao Cai, kami akhirnya tiba di Hanoi. Nyenyak betul aku tido dalam train sampai tak kisah pun the bumpy ride a long the way.

Tiba di Hanoi, kami ambil keputusan untuk letak luggage di hotel yg terletak di area Old Quarter sebelum kuar berjalan. Mulanya kami pilih untuk ambil teksi saja. Tapi setelah bertanya dengan pemandu teksi yg mnunggu depan stesen, fuhhh!!! Cekik darah betul harga dia. Untuk pjalanan yg x sampai 3km tu, dia nak ambil sampai 300k dong atau kira2 rm50++ waktu tu. Katanya bleh pkai meter, tp aku syak meter pun boleh nk tipu. So aku oder grab n guess what? Grab cuma 35k dong saja..beza giler harga.

Hotel kami di Hanoi ni adalah Hanoi Blue Sky hotel. Disebabkan masih terlalu awal, kami xleh check in lagi n tinggalkn barang saja. Pagi2 ni kami mencari kedai kopi untuk minum2 sebelum mengatur perjalanan untuk hari ini.

tido lagi ke budak tu

kedai pun tak bukak lagi

Dalam pjalanan, kami terjumpa landasan keretapi. Mayb kalau tempat kita, landasan ketapi ni biasa je la kan. Tapi di Hanoi ni unik sikit. Landasan dia terletak betul2 di belakang bangunan2 rumah atau kedai. Kadang tu ada yg buat tempat makan untuk tengok keretapi lalu. Yup!! Train spotting adalah salah satu tarikan di Hanoi. jangan terkejut lak bila train lalu ramai yang bergambar.

nasib bak xde train. kang kena langgar.haha




Selepas pekana secawan kopi berhampiran dengan war museum, kami teruskan jalan smpai ke imperial Citadel of Thang Long. Waktu smpai tu awal lagi, tempat pun baru nak buka.

pekena kopi dulu


Lepas beli tiket, kami terus masuk ke citadel ni. Tempat ni memang salah satu tempat bersejarah kt vietnam ni juga salah satu tapak UNESCO. Tempat ni memang banyak simpan artifak2 dan bahan sejarah lama. Tempat dia pun agak besar. Ada banyak kawasan pameran dan tempat menarik untuk bergambar. Serius aku suka jalan2 tempat ni compare to banyak2 tempat lain di Hanoi ni.

gate nasuk citadel
tiket masuk 30k dong

citadel of thang long

sara masih tido




merdeka!!!

model dah bangun


kecik ja tangga2 ni. yang gemok xleh masuk

view from tp of citadel

banyak colection artifak kt sini

lengang time ni

tempat ni lak penuh dengan painting

Dah puas pusing citadel tadi, kami ke tempat seterusnya iaitu Ho Cinh minh mausoleum. Tempat ni lah di mana ikon rakyat vietnam ini bersemadi. Unik berkenaan Ho Cinh Minh atau Uncle Ho ni, mayat dia diawet.

Untuk masuk ke Mausoleum ini, sekuriti dia memang sangat ketat. Barang2 kita perlu ditinggalkan di kaunter simpanan dia. Kamera lak sama sekali x dibenarkan untuk digunakan dalam ni. Berpuluh askar menjaga mayat uncle Ho yang dimumiakan tu. Check waktu operasi dia untuk masuk sebab waktu masuk dia terhad je untuk menjaga mumia Uncle Ho tersebut.

ni lah rupa mausoleum tu. boleh amik gambar dari luar je



Lepas ke Mausoleum, kami ke One pillar pagoda yang terletak sebelah tu je. X ada apa yg menarik sangat di sini. Lepas a few gambar kami ambil keputusan untuk balik semula ke hotel untuk check in dan berehat.

lobi hotel

receptionist yang friendly

Hotel di Hanoi ni memang not bad. Dapat katil yg besar, wifi, bilik luas, tv, heater, Siap ada tab mandi lagi..Harga pun x smpai Rm100 semalam. Memang puas hati betul. Lokasi pun dekat2 kawasan tarikan pelancong ja. semua dalam walking distance.

katil memang besar

bilik pun agak luas

ada heater, tab mandi

toilet pun bersih

Lepas dah refreshkan diri, kami sambung balik jalan2. Kali ni kami explore area Old Quarter yg sempit dan sesak ni. First destination, Dong Xuan market!!

Market ni adalah market terbesar di Hanoi ni. Segala jenis barang boleh dapat di sni mostly pakaian. Kami pusing2 market tu tapi tak ada apa yg menarik hati. Jadi kami gerak ke tempat lain.

rupa dalam Dong Xuan market

ada fountain

Menyusuri jalan2 OLd Quarter yg maha sibuk kami tiba di st joseph cathedral. Cathedral ni siap dibina pada tahun 1886 lagi dan antara monumen tertua di hanoi ni. Rekabentuk dia memang nampak unik dan menarik untuk bergambar.





Selepas itu, kami ke Ho Kiem lak. Tak sah le kan datang hanoi x singgah tempat ikonik di hanoi ni. Tasik ni memang tempat orang Hanoi leisure petang2. Suasana santai dengan orang main sepak bulu ayam, badminton, jogging. Boleh la nk lari dari sibuknya bandar hanoi ni. Ada juga street performance macam nyayi2 tepi jalan tu. Boleh rasa la positif vibe kat sini.

budak bushukk..

jalan2 petang hari.

persembahan nyanyian geng2 veteran

berebut aiskrim

water puppet show. just bergambar. kami tak tengok pun

famous bridge dekat Ho Kiem Lake ni



Kopi memang macam satu culture kat sini. Sana sini penuh dengan kedai kopi. Antara kopi yang famous kat sini adalah kedai kopi Giang. Tempat ni berhampiran Ho Kiem lake tapi agak tersembunyi sikit sebab tempat masuk dia agak sempit.

kedai kopi merata2

ni lah Cafe Giang

Walaupun tempat agak sempit tapi memang crowded dengan orang. Menu istimewanya of coz egg coffee..aku singgah ni pun memang cuma sebab nk try egg coffee ni. Rasa kopi dia memang sangat padu. Sesuai untuk penggemar kopi.

egg coffee

padu beb kopi dia

meja dia kecik camni jer

Selepas sehari suntuk berjalan, kami ke P.K Restaurant iaitu restoran india/pakistan yg halal untuk makan malam. Restoran ni kami dah smpai time first day di Hanoi. Makanan sini agak mahal tapi sangat recommended sebab makanan dia best n staff dia friendly. Kami order chicken tikka dan nan cheese. Perghh memang banyak portion dia. Smpai tak abis kami makan.

makn lah kau

sedap makanan dia. portion pun banyak

Kalau nk datang Hanoi make sure korang ada weekend di sni sebab only time weekend dia ada night market. Night market dia lak memang besar giler. Macam2 barang ada. Kalau nk beli baju2 untuk bawa balik Malaysia, sini la tempatnya. Lagi murah dari korang beli kt kedai2 tu. Aku sendiri pun borang sakan baju kt sini untuk parents n adik beradik.

dapat la mama windbreaker satu

meriah pasar malam dia

orang makin ramai time ni

banyak pilihan souvenir

dah crowded dah

Memang pasar malam dia besar giler. Nasib baik tempat dia dekat je ngan hotel. Abis je pusing, terus balik hotel pengsan.haha..

Day 6

Hari ni kami bangun awal untuk ke airport. Lepas siap2, kami book grab untuk ke airport. Flight lambat lagi tapi biasa memang aku gerak awal takut ada apa2 masalah. Naya jer terlepas flight

ready nak balik dah

Sepanjang jalan balik tu pun dah rindu kt suasana di Hanoi dan Sapa. Di No Bai airport Hanoi ni tak ada makanan halal. Jadi kami cuma minum kopi n cake ja sementara tunggu flight. Makanan nanti dalam flight saja.

muka lapar

budak banyak karenah

Secara jujurnya, aku memang suka sangat percutian kami kali ini. Aku takkan boleh lupa suasana sejuk dan tenang di Sapa terutamanya. Kalau nak rasa suasana sejuk di Northern Vietnam ini, datanglah dari bulan November ke Februari. 

Banyak tempat di utara Vietnam ni kami belum cover sebenarnya akibat kekangan bajet dan masa. Plus tempat2 sini agak jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tempat2 seperti Ha Long Bay, Ninh Binh dan Ba Vi National park adalah tempat2 tarikan utama kat sini yang kami belum sampai. Good News is we have the reason to come back next time to explore more places in Vietnam.

Sekian saja log aku mengenai percutian ke Hanoi dan Sapa ini. Yang belum baca part 1 & part 2 boleh baca melalui link yang aku kongsikan di bawah.

Sehingga bertemu lagi di lain entry, Assalamualaikum~~

letih sangat dah ni

Bye2 hanoi..see u again











Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2