Berkelah di Sungai Tekala



Weekend lepas, kami sekeluarga ke kawasan perkelahan Sungai Tekala yg terletak di daerah Semenyih.

Actually tempat ni dah memang jadi weeekend spot kami. Just recently aku ada terbaca yang dekat area sini ada trekking trek. So, selain dari piknik aku cadang nak bawa wife n si kecik ni g try trekking dulu.

Pagi tu before ke sg tekala, kami ke pasar pagi semenyih untuk membeli sarapan. Cadangnya nak makan roti canai yg terletak di hujung pasar. Tapi hajat x kesampaian. Full meja dekat kedai dia. Kami patah balik dan tapau makanan yg dijual di pasar je. Selesai beli makanan kami bergerak ke destinasi yang dituju.

pasar pagi di semenyih

Kami tiba di kawasan perkelahan sg tekala seawal jam 10 pagi lagi tapi kereta dah mulai penuh. Parking di sini memang senang sebab ia terletak berhadapan jalan besar. kalau xde parking, boleh je park tepi jalan. Asal x menggangu lalu lintas dah la.

Parking space yg luas

Parking tepi jalan

Bayaran masuk cuma rm2 sahaja untuk dewasa n rm1 untuk kanak2.. Yang baby tu free je. Bagus la ada bayaran camni. At least diorang boleh upah orang pungut sampah n membina kemudahan dekat tempat ni. Maklum lah sebilangan besar kita masih belum ada kesedaran menjaga alam sekitar ni..

Gate masuk

Tiket masuk rm2 seorang

Kaunter tiket
Untuk ke trek hutan ini, korang perlu naik first jambatan sebelah kiri korang lepas tempat bayaran masuk. Kemudian akan ada simpang kecik sebelah kanan korang. Ikut je jalan tu sampai korang jumpa gate masuk hutan lipur. Seeloknya inform dulu time buat bayaran masuk tu yg korang nak g trekking. Kot ada emergency ke orang tahu nk cari kt mana.

Naik jambatan ni


Make sure jumpa denai kecik ni


Gate masuk hutan

Trek dia xde la panjang. Cuma 1.5km sehala je. Sepanjang trek penuh dengan pokok2 balak.

1.5 km jer kan

Ushar balak katanya

Sempat la jalan before ngamuk

Nak kena dukung dah

Nak dijadikan cerita, baru 200m on trek, anak aku meragam. Mayb sebab gatal2 kena gigit nyamuk. Terpaksalah patah balik. Tukar plan ke mandi2 ja.

Di sg tekala ni banyak kawasan cetek especially kawasan permulaan air terjun ni. Memang sangat sesuai untuk piknik sambil lepaskan anak2 main air. Banyak juga pondok2 untuk korang bentang tikar dan makan.

Air cetek sesuai untuk kanak2

Ramai orang

Port biasa

Biasanya port lepak kami jauh ke dalam skit sebab malas nak sempit2 dengan orang. Tapi kali ni port biasa pun ada orang duduk dah. Kami just mandi n makan jap before tukar ke satu lagi port yg lain.

Ada ikan ke tu

Unik batang pokok ni

Sebenarnya makin atas korang naik, makin cantik lak air terjun dia. Tapi aku x pernah lagi la explore smpai hujung lagi.

Panorama

New port

Waterfall

Dah sejuk ler tu

Dahh...jom balik

Selesai mandi2 kami sempat pekena aiskrim dlu before balik rumah. 

Nyum3

Untuk korang yg mencari port berkelah sekitar KL, datanglah sg tekala. Musim2 panas ni dapat selam kepala dalam air terjun memang bestt la!!

Sehingga bertemu lagi di lain entry. Assalamualaikum~~

Comments

  1. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ🌿🌿🌿

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, nak tanya, trekking treck sungai tekala ni betul betul jelas tak? As in untuk orang tak biasa dengan tempat tu boleh trekking tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Maaf sy masuk tempat trekking hari tu x jauh. Patah balik sebab anak x selesa.. Nampak macam clear n trek just 1.5km..but better inform dekat pondok guard sana nak masuk trekking in case apa2

      Delete
  3. Assalamualaikum, nak tanya, trekking treck sungai tekala ni betul betul jelas tak? As in untuk orang tak biasa dengan tempat tu boleh trekking tak?

    ReplyDelete
  4. wow, betul ramai orang...for family with smalls kids, is it far to reach to the waterfall scenic?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2