Percutian di Seoul September 2018 - Day 4 & 5


Yay!! Hari keempat di Seoul dan kitorg akan jalan2 di Nami Island!! Nami Island ni sapa tak kenal kan? Tipu la kalau sampai Korea ni tak jejak kaki ke Nami Island. Pulau ni jadi terkenal disebabkan oleh drama korea berjudul Winter Sonata dulu.

Nami Island ni bukanlah berada di kawasan bandar Seoul jadi untuk ke sini agak jauh sikit. Kitorg bangun seawal pagi yang boleh untuk ke sini. Sebabnya selain daripada Nami Island ni, kitorg bercadang untuk ke dua lagi tempat iaitu Bukchon Hanok Village dan juga Dongdaemun market. Cabaran pertama aku hari ni, nak bangun dan mandikan si Sara ni..huhu

Cabaran seterusnya adalah untuk menaiki train ke Gapyeong station. Gapyeong station ni sebenarnya adalah stesen yang korang perlu turun untuk ke Nami Island ni. Untuk ke Gapyeong station ni korang kena beli tiket itx. Dia tak macam subway biasa yang boleh guna t-money tu. So, dari mana2 pun korang di bandar Seoul ni make sure last sekali korang turun di Gapyeong station. Kitorg sendiri beberapa kali tukar jalur train.

Actually kitorg sendiri pun ada silap naik train di mana train yang kitorg naik tu sepatutnya turun station Sangbong dan dari situ, kitorg boleh naik itx terus ke gapyeong. Tapi train tu last di stesen Cheongnyangni dan semua kena turun situ. Menggagau lah jap tanya orang semua. Nasib baik sebenarnya stesen tu gak boleh ke Gapyeong station. Tapi time kitorg beli tiket itx, terpaksa tunggu 2 jam train. So, kitorg lepak la makan dulu bekal nasi lemak Brahim yang kitorg dah panaskan sebelum keluar tadi.


naik train pun tido
abis cantik la tu,,



masih tido..

sementara tunggu train

dah beli tiket dah

tunggu di platform yang betul. ni penting tau

akhirnya dah in the itx

view dari tingkap yang mengasyikkan

yay!!Gapyeong station

Setibanya kitorg di Gapyeong station, kitorg terus beli tiket train balik ke Seoul melalui mesin di stesen. Saja kitorg beli siap2 sebab takut tiket abis n terpaksa tunggu train lebih lama. Jadi kena pandai agak2 lah berapa lama nak spend masa dekat Nami Island ni.


tikett balik checked
Keluar je stesen, kitorg terus ambil teksi untuk ke Nami Island. Selain dari teksi, ada bas sebagai alternatif untuk ke Nami Island tapi disebabkan jarak gapyeong station dan Nami Island taklah jauh sangat n tambang teksi pun affordable. So, kitorg pilih naik teksi saja.

Selepas teksi drop kitorg, maka kitorg pun bjalan menuju ke jeti. Kitorg dah memang standby bawa passport hari ni sebab ada baca di blog yang nak ke nami island memerlukan passport. Kononnya Nami island ni adalah sebuah negara sendiri lah. Tapi time aku beratur beli tiket, tak ada lak dia minta passport. Harga tiket ke Nami Island ni bagi aku agak mahal lah iaitu 13,000 won seorang dewasa. Tetapi really worth it..bukan selalu datang pun kan?


eksited nak ke Nami island

suasana dalam feri

gini la rupa feri dia


Tak lama pun untuk sampai Nami Island ni. Kira2 dalam 15 minit perjalanan je naik feri. Satu lagi alternatif yang ada ialah zig zag line iaitu menaiki kabel dari tanah besar ke Nami Island. Sapa yang adventurous sikit boleh la try. Aku gayat tempat tinggi..haha. 

sampai je Nami Island ni terus nampak kehijauan alam ciptaan tuhan. Yelah..aku pergi baru nak masuk autumn. Jadi daun2 masih hijau lagi. Kalau korang betul nak rasa peak autumn foliage dekat Nami Island, aku cadangkan korang datang hujung Oktober atau awal November. Mesti sangat2 cantik.

1st pose at Nami Island


Dah sampai ke Nami Island, jangan lupa untuk bergambar dengan deretan pokok yang cantik ni. Aku pun tak tau la apa nama pokok ni ginkgo ke maple tree tapi memang port wajib untuk bergambar lah..Owh lupa nak pesan, jangan lupa amik map Nami Island dekat tempat korang bei tiket feri tadi. Kalau tak nanti takut mundar mandir tanpa arah tujuan lak.

my wife dan pokok

turn abam lak
port wajib bergambar..tugu winter sonata




with winter sonata

rasanya ni pokok ginkgo

ada waterfall

abondon house??

ntah la hut ni untuk apa

rehat jap..letih

tak ramai orang pun kt Nami Island time ni

ada lampu2 lak


ostrich pun ada kt sini


budak baru bangun

eh eh..ada snowman
Dah puas berjalan dan perut terasa lapar, jadi masa untuk cari kedai makan. Dekat Nami Island ni korang jangan risau Ada restoran halal. Cadang awal tu nak makan nasi goncang dekat sini. Tapi terperasan ada restoran halal yang nampak lagi menarik. So, kitorg cancel lah nasi goncang tu. kitorg order set nasi bulgogi. Total harga makan kitorg dalam 30,000 won jugaklah untuk 3 beranak.


muka lapar

dah abis makan baru teringat nak ambil gambar

Dah abis makan, kitorg solat dekat surau berhampiran. Sebelah je kedai kitorg makan tadi. dekat dengan perpustakaan kanak2. Terkejut gak aku masuk surau dia. Bukan kecik tau, besar gak..memang selesa lah solat situ. Situ gak ada baby room yang convenient untuk kitorg yang ada anak kecik ni. Dah selesai solat semua, kitorg kembali sambung jalan.




model



Tengah sedap2 bergambar tak sedar yang masa cepat berlalu. Sedar2 dah dekat pukul 3. Kitorg punya tiket train pukul 4. Apa lagi, menggelabah la berjalan ke jeti untuk naik feri semula. Nasib baik kitorg di Nami Island bukan time peak. orang tak ramai, jadi tak perlu nak beratur. Sampai je ke seberang, terus berkejaran dengan teksi untuk kembali ke stesen Gapyeong. Alhamdullilah..Nasib baik sempat.



bye2 Nami Island
Tiba kembali dei Seoul cadangnya nak ke Bukchon Hanok Village. Tetapi memandangkan hari hampir gelap dan train penuh dengan orang balik kerja. Jadi kitorg cadang lepak cafe jer lah dulu. Malas nak berebut dengan ramai2 orang balik kerja. Tambah lagi kitorg bawa stroller. Mana nak cari space nak letak stroller time orang ramai tu.

ni benda korang wajib rasa di Korea..shedapp oii

layan oii kopi dia

penuh kan orang..
Kitorg balik ke hotel untuk berehat seketika sebelum keluar ke Dongdaemun market. Saja kitorg keluar lewat sikit dalam jam 9 lebih sebab market Dongdaemun ni dengarnya buka sampai ke pagi. So, kitorg gerak ke Dongdaemun dengan menaiki train

Off to dongdaemun market
sesak dongdaemun time ni



selpi sekeping

Well actually Dongdaemun ni penuh dengan shopping complex. Memang banyak la gedung pakaian dekat sini. Ada satu tempat tu kitorg nampak panjang giler orang beratur nak beli baju. sampai ke jalan raya lagi. Nampak macam diorg ada buat sales or lelong something. Sini dia tak macam market kt Insadong atau Myeong Dong tu, Kebanyakan barang yang dijual adalah dalam mall. Katanya ada juga underground shopping mall di sini. tapi disebabkan kitorg dah malas nak cari lif untuk stroller atau angkat stroller turun n naik tangga, kitorg stick dengan bahagian luar mall je dulu.


Aim kitorg adalah untuk dapatkan souvenir Yela kan..takkan x beli apa2 dari Korea. Esok awal pagi dah gerak ke airport dah. Jalan punya jalan, kitorg still tak dapat decide lagi nak cari barang dekat mana. Yang dapat kami lihat cuma gedung pakaian je. Rasa nyesal lak tak beli kt Insadong je hari tu. Memang banyak souvenir ada.

So, kitorg cari port kejap untuk duduk n google tempat cenderamata di Dongdaemun. Nasib baik la ada public wifi dekat situ. So, thanks to Mr google, kitorg jumpa satu mall ni iaitu Good Morning City. Ushar kt offline map, jarak dia pun dekat je. So, off we go.

terserempak lak dengan Dongdaemun Design Plaze or DDP

belakng tu la Good Morning City. Cer tengok jam berapa dah time ni.haha

weekdays..orang pun dah balik tido
Tak lama kemudian, bertemulah kitorg dengan mall yang dicari2 tu. Untuk ke kedai cenderamata tu perlu masuk dari Gate 2 dan naik 1 tingkat. Walaaa..berjumpalah dengan kedai cenderamata tersebut. Time kitorg sampai kedai tu dah nak tutup dah. Nasib tokeh kedai tu baik hati benarkan kami shopping dulu before dia tutup kedai. Dah masa pun terhad terkejar2 gak lah kitorg pilih barang. Aku amik la key chain, chopstick sebagai ole2. Wife aku lak banyak shopping beg2 kecik yang comel. Dah bayar semua barang tu, terjumpa lak kedai jual baju "I love Korea". Beli la beberapa pasang bawa balik gak. Harga dalam 7000 won sepasang. Lansung tak dapat tawar..haha

Balik tu memang public trasnport dah tak ada la..Dah pukul 12 kot. So,kitorg decide untuk balik jalan kaki je dalam 3 km untuk ke guesthouse. Dah alang2 malam last kan? so amik la last round suasana malam di Seoul.

Memang lengang jalan2 di Seoul disebabkan hari weekdays. Aku perasan dari tadi kitorg kt Dongdaemun ni pun tak nampak lansung pelancong Malaysia ataupun mat salleh. Jalan kitorg untuk balik ke Guesthouse turut brpandukan offline map ja. Jalan awal pagi di Seoul ni memang agak scary lah bagi aku kalau jalan sorang2. Bukan apa, sebab laluan kitorg ni ada melalui lorang2 kedai yang gelap n sunyi. Sekali sekala lak berselisih dengan orang mabuk. So, jangan jalan sorang 2 la yer..


Will miss this road the most
Dekat sejam menempuh sejuk malam dengan jalan yang agak jauh kitorg akhirnya smpai di Guesthouse. Balik tu terus kemas2 barang masuk dalam beg, mandi n terus tido. Esoknya dah nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Day 5

Akhirnya tibalah hari terakhir di Korea. Dengan perasaan berat hati, kitorg melangkah keluar dari Guesthouse. Even flight tengah hari, saja kitorg check out awal sikit bagi megelakkan sebarang kesulitan.

Tak macam kitorg sampai, kitorg pilih untuk naik train pulak ke airport. Untuk ke airport menaiki train, amik je mana2 subway dengan korang untuk turun di Seoul statation. Then beli tiket keretapi ekspress AREX untuk ke airport. Jangan lupa turun di terminal yang betul.

view from the train

dalam AREX

sedap budak ni tido

sampai dah di airport

Disebabkan kitorg sampai awal di airport jadi takder lak tergesa-gesa sangat. Lepas ke check in luggage. Kitorg terus cari mini mart yang kitorg boleh abiskan baki T-Money kitorg. Kebanyakn barang yang kitorg borong adalah jajan2 from Korea. Make sure yang halal tau.

Dah siap breakfast semua, flight kitorg pun sampai. Memang nice lah timing. 1 more tips, datang awal tau Incehon airport ni sebab airport dia besar, Kena macam aku ni gate hujung dunia, tak ke berlari nanti. 

untung naik MAS, makan banyak kali n free
Itulah sahaja episod pengembaraan kali ini. Memang trip ke Korea ni adalah one of the best trip so far. Sebenarnya trip ke Korea tak de la mahal sangat. Kalau korang dapat tiket murah n hotel murah, pergi sendiri jangan guna agent. Insyallah mesti lagi murah..Total kitorg spend di Korea tak termasuk tiket flight dan hotel tak sampai pun RM 2000 unntuk 3 beranak.

So apa lagi, Pergilah Bercuti!!

See u in the next entry!! Assalamualaikum...




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2