Percutian di Seoul September 2018 - Day 3



Hari ini adalah hari ketiga kitorg di Seoul and it is Everland Day!! Biasanya kalau orang datang Korea, ada dua theme park yang popular dalam kalangan rakyat malaysia ni. Pertama adalah Everland dan satu lagi adalah Lotte World. Setelah kitorg review kedua-dua tempat ni, kitorg decide yang Everland nampak lebih menarik.

Sebenarnya tiket ke Everland ni kitorg dah beli awal sebelum ke Seoul lagi melalui 11 street. Jadi, harganya lebih murah daripada beli di Everland sendiri. Tiket kitorg dihantar melalui email 3 hari sebelum day of departure. Tiket tu just bar code yang korang perlu scan untuk masuk ke dalam Everland.

Pada hari kejadian, semangat la kitorg bangun awal untuk ke Everland. Sebabnya Everland ni bukanlah berada di dalam Seoul town. tak seperti Lotte World. So, kitorg perlu menaiki bas atau train untuk ke sana. Pada mulanya, plan kitorg adalah menaiki Subway ke Gangnam station dan daripada sana, menaiki local bus untuk ke Everland. Bas yang perlu dinaiki adalah bas nombor 5002..

budak2 ceria nak ke theme park

segar kena mandi awal hari ni

tunggu bas di Gangnam

tunggu di bus stop yang betul

Pada awal kitorg sampai tu memang tak ada orang lagi. So, kitorg cari bus stop yang betul dan lepak di situ. Makin lama tunggu, makin ramai orang plak. Perasaan aku kuat mengatakan yang semua orang ni pun nak ke Everland. Dan tekaan aku memang betul, bila sampai je bas nombor 5002, semua berebut nak masuk, kitorg yang sampai awal tadi pun dah lepas ke belakang. Tak muat pun untuk semua orang naik, bas dah gerak. Kecewa kitorg.

Melihat kepada situasi tadi, kitorg come out dengan backup plan untuk naik train ke Everland. Ini sebab kitorg rasa bawa stroller naik local bas agak tak praktikal dengan keadaan bas yang padat camtu. Mana nak simpan stroller, mana nak dukung si kecik ni lagi sepanjang 1 jam perjalanan.

Untuk naik train, kitorg perlu tukar a few times sebelum sampai ke Everland. Nasih baik ada buat homework sikit dan dengan bantuan apps subway, kitorg dapat naik train yang betul untuk ke Everland. Dari Gangnam station, kitorg ke Jeongja station dan kemudian ke Giheung station. Dan dari situ, kitorg naik train ke Jeondae Everland station. Sampai di sana, akan ada 1 shuttle bas yang akan bawa anda ke pintu masuk Everland

dalam shuttle bas

shuttle bas ni stroller friendly. sara tido pun tak tejaga

akhirnya, kitorg sampai di Everland
Yay!! Turun je shuttle bas, terus nampak Everland. Ingat tau tempat korang turun bas tadi, sebab nanti nak balik akan naik tempat sama.

Time kitorg sampai di Everland tu, tak ramai orang lagi. Jadi, kitorg masuk dengan senang lenang lah. Disebabkan Sara masih tido, jadi masuk je dalam kitorg makan dulu. Bekalan makanan memang kitorg dah bawa siap2 dari Guesthouse. 1 pack beriani Brahim dan 1 pack nasi goreng cheese Brahim. Untuk beriani tu kitorg dah panaskan siap2 dari Guesthouse, so dah terus boleh makan. 

Bila perut dah kenyang baru boleh berjalan dengan senang hati. Sebelum nak terjah mana2 tempat permainan kt dalam tu, jangan lupa amik map Everland dekat pintu masuk tadi. Kang boleh sesat dalam tu, sebab tempat ni memang besar. Untuk bulan September ni, tema tempat ini adalah Holloween, jadi penuhlah dengan hantu dan zombie dekat sini.

hantu yang colorful




cantik pokok belakang tu

mama belanja aiskrim

memang sedap aiskrim ni

the very famous roller coaster dekat sini. u should try

Aku ngan wife aku bukanlah minat sangat main permainan2 dekat theme park ni sangat. Plus kitorg bawa Sara dalam stroller, so kitorg lebih banyak buat sight seeing ja awal tu. Kenal2 tempat dalam Everland ni dulu. tapi buat korang yang minat benda2 ni semua, banyak pilihan yang ada. yang wajib sekali korang try adalah roller coaster dia. Memang orang cakap antara yang terbaiklah..

Jalan punya jalan kitorg end up pergi ke safari world dia. Asalnya nak tengok pertunjukkan di main stage dan kemudian pergi ke zootopia. Tapi disebabkan kitorg tiba agak lewat di main stage, jadi tiket masuk pun dah abis. tinggal pukul 3 saja. On the way nak ke zootopia lak, kitorg terjumpa dengan safari world. so, masuk je la kan..ingat kejap je nak masuk, rupanya setengah jam gak la beratur..

nampak barisan cam pendek tadi
kita buat apa kat sini abah?



sara jumpa kawan


akhirnya,,berjaya gak mauk

Masuk dalam Safari World ni bukan macam masuk zoo biasa. Sini, kita kena naik bas untuk tengok binatang2 yang ada. So binatang di sini seperti berada di habitat asal mereka. Antara haiwan safari yang ada di sini adalah harimau, singa, dubuk dan beruang. Memang rasa macam dekat hutan real la bila dapat tengok harimau singa semua jalan sebelah bas. Bukan tu saja, siap boleh tengok beruang main basketball lagi.

ni ha..rimau kat sebelah ja



dekat betul singa2 ni


ni lah keadaan dalam bas

beruang bagi salam

abaikan makcik ni. tengok beruang belakang tu buat apa
Dah tour satu safari kitorg jalan2 di luar plak. Makin ramai lak orang yang baru datang ke Everland ni. Jalan pun dah makin sesak. Disebabkan kitorg takde plan nak main apa2 mainan pun, kitorg just pusing2 dekat kawasan berhampiran sementara menunggu persembahan di Grand stage. Kebetulan ada taman burung dan serangga, kitorg bawa la si Sara ni g jenguk jap.

ramai kan..

stroller memenuhi ruang

kereta sapa apncit ni

survivor from zombieland

ekshidenn

baru ilang jap, my wife dah sweet2 ngan skeleton

burung apa?burung murai..


sara..fish
Bagi kita yang muslim ni, dalam Everland ni ada surau untuk solat tau. Surau pun cantik dan selesa. Dia tak asingkan laki n pompuan jadi kena pandai2 la amik turn. Dekat dalam map tadi pun puas aku cari surau tapi tak jumpa. Tapi dah Allah nak tunjuk tu jumpa jugak lah..

Ni rupa pintu surau tu..jangan tertipu dengan rupa pintu tu, dalam cantik
Dah selesai solat, kitorg menuju masuk ke main stage untuk persembahan. Aku pun tak tau la persembahan apa dia nak tunjuk. Tapi ada la cerita pasal panda n kawan2 dia. Nak masuk sini pun kena amik tiket dulu tau. Tiket free ja tapi maybe guna untuk bajet tempat duduk kot. Takut ramai sangat nanti tak muat lak. Mula2 eksited la aku. Lama2 tu tertidur lak..haha. tak tau la sama ada aku rasa cerita tu bosan atau letih kurang rest sepanjang di Korea ni. Sedar time orang sorak2 n ending dia time kertas turun banyak2 je.haha


view from our seat

layan...


ehh dah abis..

bukan main hepi si kecik ni

Dah abis menonton show, kitorg lembali untuk jalan2 di luar. Kebetulan nampak ramai orang beratur untuk naik mini train di Everland ni. Memandangkan aku rasa ni la permainan paling sesuai kitorg 1 famili bleh try, so kitorg pun masuk la beratur. Nak naik train ni pun dalam 20 minit gak nunggu. Nasib baik sara x buat perangai. Boleh la enjoy train tu bawa pusing2 kawasan taman di situ.


banyaknya bunga

ngedate jap..

tengah tunggu train

boarding..

ada bunga2..

ada fountain..

senyum my wife


Turun je kitorg, kitorg jalan kaki pulak kt dalam taman tu. Memang cantik la tempat ni. Ada bunga2, rumah ala hobbit, ada fountain. Memang banyak la port untuk bergambar.


macam floria lak



rumah hobbit kot

takde orang..tumpang bergambar jap

kacau lak bini aku ni, orang baru nak bergambar ngan princess ni

Dekat depan taman ni lak.ada macam little Amsterdam. Dia olah bangunan dan kedai2 makan di sini buat macam ala2 amsterdam. So leh la feeling2 ada di Belanda skit.

mama, awat rumah tu semua kecik2

with little fountain

it's amsterdam

Dah abis pusing2 'Amsterdam', kitorg jalan ke arah taman bunga ros. Memang cantik la bunga2 sini. Bunga2 ros sedang mekar cantik ja. Kalau korang adalah sejenis mat atau minah bunga. Boleh habis berejam kt sini je. Taman bunga ni bukan setakat cantik tau. tapi dia ada bau bunga2an tu. Jadi rasa syahdu je ada di sini..

cantiknya bunga2

dalam banyak2 bunga, awak gak yang mekar di hati..cia3

pink roses

bang, wangi bunga ni

white roses

abis ensem dah ni

tunggu bas ke kak

more flowers..

lepak jap..
 
Jalan2 sekitar taman bunga tu, kitorg terserempak dengan horse carriage yang sangat cantik. Kebetulan time tu lampu2 dia dah pasang, so bertambahlah cantiknya. Tapi sebab anak aku dah tertido dalam dia punya stoller, so kitorg bergambar dari jauh je.

 
cantik kan..

mama n sara
turn abah lak

abah n mama lak sweet2

Tak jauh dari horse carriage tu ada barisan pokok ginkgo yang cantik. Time tu, pokok dia dah start bewarna kuning tapi not fully kuning sebab baru early autumn. So apa lagi, bergambar time!!




 






Puas bergambar, kitorg gerak ke music garden. Katanya di sni, ada alunan music yang harmoni didendangkan sambil orang ramai boleh menghayati keindahan flora yang ada. Di tengah2 garden ni ada 1 pokok yang besar dan cantik. Malangnya time kitorg smpai tu tak de lak dengar apa2 music. Timing tak kena kot.


ni lah pokok besar kt tengah2 tu

banyaknya bunga2

Sebelah dengan music garden ni ada lagi sebuah tempat dinamkan aesop's village. Yang ada anak2 kecik tu memang seswai sangat la lepak sini. Banyak mainan yang sesuai untuk kanak2 di sini. Sini jugak ada garden yang cute2 dengan ukiran patung2 mengikut cerita dongeng kanak2. Memang suka la Sara jalan2 dekat sini.

sediakan payung sebelum ujan


hepi mama

rumah apa belakang tu sara

sapa tu sara



sian singa tu

cantik design tempat ni

Penat berjalan, mama buatkan sara susu. yang baik dengan tempat ni, memang baby friendly. Jadi tak susah nak cari baby room ni. Kebetulan ada air panas sekali dekat sini, kitorg ambil peluang untuk panaskan sekali nasi Brahim yang kitorg bawa. Yelah..nak cari makanan halal susah. Ada yang aku nampak pun burger shrimp je, so tapau jer lah.. Bila hari berganjak malam, keadaan jadi makin sejuk. Terpaksa aku sarung balik jaket aku n pakaikan sweater untuk anak aku. Takut menggigil lak dia. Memang kitorg saja tak balik lagi sebab tengah tunggu parade malam tu.

Time kitorg tengah cari port nak makan nasi yg kitorg panaskan tadi, orang dah start berkumpul untuk tengok parade, so terpaksa la kitorg stop dekat tempat mana yg kitorg ada. Tak hadap nk tolak stroller dengan orang ramai dalam gelap tu. Yup!!gelap sebab diorg tutup lampu untuk parade tu. Tengah makan tu, dari kejauhan dengar music2 makin hampir. Pastu nampak kereta berhias dan kartun2 yang menari2 bergerak melalui jalan yang dikosongkan tu. Paling semangat time ni adalah Yasara. Menari2 dia tengok parade tu. Memang best la kan tengok kereta berhias yang colorful di samping kartun2 yang turut berlampu ni.

Everland bergelap menunggu parade

sejenis kereta berhias

the train is coming

cantikk

teruja makcik ni


bagi laluan..bagi laluan

teruja..






Dalam 20 minit gak untuk keseluruhan parade ni berlalu. Abis je parade, semua orang pun ikut clear. So, it is time for us to go home as well. Kitorg bergerak ke pintu keluar, tapi sebelum keluar tu sempat lagi la bergambar beberapa keping lagi. Yela ka..bukan selalu nak datang sini. Entah2 sekali ni ja.



sara with the pumpkin




Kitorg bergerak ke hentian bas yang kitorg berhenti pagi tadi. Shuttle bas tu kemudiannya bergerak ke train station berhampiran. Then kitorg terus naik train untuk pulang ke Guesthouse.

Sampai di guesthouse, masing2 dah ting tong. Esok sehari lagi nak jalan2 di bumi korea ni. So, kitorg tido awal. Esok kitorg akan ke Nami Island!!!

See u guys in the next entry~























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2