Percutian ke Cherating

Percutian ke Cherating


Day 1

Alhamdullilah pada tahun ini first time dapat jejak kaki di Cherating. Plan nak ke Cherating ini adalah untuk sambut birthday anak aku yang masuk ke tahun 3 oktober ini.

Pagi tu kami bertolak dalam jam 8.30 pagi dari Semenyih. Plan kami adalah untuk singgah dI Temerloh untuk pekena ikan patin sebelum sambung ke Cherating.  Dah alang2 satu jalan tu kan.. Maklumlah Temerloh pun aku pernah sampai sekali ja sebelum ni.  Tu pun untuk misi bantuan banjir besar dulu.  Makan patin pun x sempat.

Dalam jam 11 pagi kami tiba di Kedai ikan patin.  Kedai yang kami pilih untuk kali ini adalah Kancil Raja Patin. Kedai ni betul2 terletak bersebelahan dengan Sungai Pahang.  Sambil makan tu boleh la ushar view sungai.

Ni lah dia kedai dia

Sangkar patin di sg pahang

Kedai dia tul2 sebelah sungai pahang

Makanan dia memang A.  Patin tempoyak dan pais patin adalah menu yang korang patut try kat sini.  Memang terbaikk!! Harga pun sangat berpatutan. Cuma dekat meja kami hari tu banyak lalat.  Next time untuk korang yg nak datang boleh try duduk luar skit atau tempat berkipas untuk elak dihurung lalat.

Patin tempoyak.. Nyum

Pais patin dia power

Sebelum crowded

Patin,  ulam n nasi.. Complete

Selesai makan kami menyambung perjalanan menuju ke Cherating. Kami mengambil masa 2 jam lebih kurang untuk tiba di Cherating.

Next stop kami adalah Warung Aziz Satar yang terletak berhampiran pantai Teluk Mak Nik. Time kami sampai tu tak ramai orang maybe sebab bukan cuti sekolah. Kami cuma order satar je di sini sebab tengok review seafood goreng2 dia kureng skit. Tapi mayb korang boleh try la kot.  Banyak variety makanan dia.  Selain dari makanan celup2 tepung ni,  nasi,  pulut,  goreng2 pun ada.

Aziz satarr... 

Aku ada try dia punya otak2 tapi x kena tekak agaknya. Dan otak2 dia pun kecik.  Tpi satar dia marvellous!!  Kami makan sepinggan n bungkus lagi rm5 bawa balik makan kt bilik.

Sedap satar dia.. 

Lepas makan kami singgah jap pantai teluk mak nik kat area belakang warung tu.  Pantai dia bersih dan redup sebab banyak pokok.  Boleh nak lepak2 tenangkan fikiran.  Seronok anak aku main kutip kulit siput di tepi2 pantai.

Pokok dia bleh fefeeling nami island

Deruan ombak yg mendamaikan

Kutip jangan x kutip

Done lepak tepi pantai,  kami ke hotel yang kami tempah iaitu Erya by Suria. Hotel bertaraf 3 bintang ni wife aku yang book so aku taktau harga dia. Hotel ini quite nice aku rasa.  Ada pantai sendiri, kolam renang,  tempat beriadah n lain2 fasiliti.

Smpai dah hotel

View from parking

Tiba di hotel,  kami chill2 jap di bilik. Penat drive.. Aku sempat terlelap dulu. Petang tu cadangnya nak ke pantai yang lebih meriah.  Tapi kami settle down dekat dalam kawasan hotel je teman sara mandi kolam renang. Kolam sini agak kecil dan tak begitu dalam. Jadi penuh dengan budak2 ja.

Selesa tilam dia

Bleh la layan few channel

Tandas dia bersih.. Ada heater

Bilik agak luas.. Selesa

Pool dia tepi pantai

Bleh la buat cecah kaki

Penat main kolam,  kami lepak2 di pantai belakang hotel. Ombak dekat sini memang besar.  Xde orang yang mandi.  Orang surfing pun xde.  Maybe sebab pantai dia agak private cuma boleh access by orang yang menginap di hotel je.

Private beach

Larii.. Ombak

Bina istana pasir



Malam tu kami ke pekan Chukai untuk mencari birthday kek si sara.  Dapat la cuci2 mata jap tengok bandar sini.

Untuk makan malam,  kami ke Intan Seafood yang terletak berhampiran Pantai Cherating. Kedai ni mendapat review yang agak baik hasil carian online.

Intan seafood

Kedai kecil tapi meriah
Time kami sampai memang tempat agak padat n kedainya pun agak kecil. Tapi yang lagi hampa makanannya memang sangat lambat.  Kami tunggu sejam sebelum makanan dihidangkan. Nasib baik makanan dia agak sedap.  Lembut skit hati nak menjamahnya..

Yayy.. Makanan dh smpai

Lauk dia nampak fantastic


Day 2

Happy Birthday Sara!! Ye,  anak aku genap 3 tahun hari ni.  Si comel yang jadi penghibur hati abah n mama. Pagi2 lagi kami dah siapkan decoration birthday dia.

Pagi tu before bergambar birthday bagai,  kami breakfast di hotel dulu.  Makanan dia x banyak jenis sangat.  Kami ngap je apa yang ada. Pas makan,  aku bawa si sara ni berendam jap dalam kolam.  Wife aku pula pilih untuk berehat di bilik saja.  Pagi tu agak meriah di kawasan keliling kolam sebab ada few company yang buat family day.

Lineup makanan


Pas makan kami bersiap2 untuk sambut birthday sara.  Happy si kecik tu dapat potong kek dan main dengan belon hello kitty dia.

Happy birthday sara

Birthday kek


Kami check out jam 11 pagi.  Lepas checkout kami terus je ke Kedai Aziz Satar untuk bungkus satar buat bekalan perjalanan.

Next station kami is shopping kopok.  Di pintu gerbang nak masuk terengganu ni banyak dereta kedai jual kopok lekor.  So pilih je yang mana berkenan.  Banyak sangat so aku pun xtau yang mana yang best.. Banyak juga hasil borang bini aku ni.

Penuh kedai sepanjang jalan. Pilih la mana berkenan


Dah ada hasil tangkapan

Birthday girl dapat turtle

Dari Cherating,  kami pilih untuk ikut jalan tepi pantai ke Kuantan.  Perjalanan dalam 50 minit juga. Di Kuantan kami singgah makan di Restoran Mabiq.  Restoran ni ada 2 yer.  Pergi yang number 2..yang number satu masa kami sampai under maintenance. Xtau bila bukak.  Plus kawasan dia agak jauh masuk dalam kampung.

Restoran Mabiq 2 ni memang penuh time kami sampai. Jenuh cari meja kosong. Yang best dekat sini adalah ikan patin dia. Aku try juga masak lemak daging dia.  Pun sempoi..

Nak cari tempat duduk pn susah

Makanan dia memang puas hati

Selesai makan kami terus pulang ke Semenyih.. Dah xde energy dah nak pusing Kuantan.  Plus wife aku kerja esoknya,  so nak smpai umah cepat skit.

Overall short vacay ke Cherating ni memang layan. Makanan dia, environment dia.. Memang superb!  Maklumlah aku tak pernah jalan2 area sini di Pahang sebelum ni. 

Sehingga berjumpa lagi di lain kali,  Assalamualaikum~






Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2