Mendaki Gunung Kinabalu sempena 50 tahun Agrobank

Mendaki Gunung Kinabalu Sempena Ulang Tahun ke-50 Agrobank



Tanggal 1 September 2019, aku bersama 24 lagi kakitangan Agrobank menyertai misi mengibarkan bendera Agrobank di puncak Gunung Kinabalu bersempena dengan ulang tahun ke 50 Agrobank.

Aktiviti ini dianjurkan oleh kelab sukan Agrobank dan ujian bagi pemilihan peserta dilakukan 5 bulan lebih awal.  Lebih dari 100 orang mendaftar untuk menyertai ekspedisi ini. Bagi melayakkan diri semua peserta dikehendaki untuk melengkapkan 20km larian dan 20 jam masa aktif diambil daripada rekod apps STRAVA.

Selang beberapa bulan kemudian,  25 peserta akhir telah dipilih untuk mewakili Agrobank.  Kami kemudiannya dipanggil ke Pusat Latihan Agrobank untuk diberikan taklimat pendakian dan latihan pendakian dengan mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan di Semenyih.

Selain itu,  Aku sendiri telah menjalani beberapa siri latihan bagi melengkapkan diri menghadapi pendakian Gunung Kinabalu.  Antara latihan yang dilakukan termasuklah mendaki Gunung Datuk,  Gunung Berembun-Telapak Buruk,  Pine tree Trail, dan Bukit Saga.

31 Ogos 2019

Tanggal 31 Ogos,  semua peserta dari semenanjung berkumpul di pusat latihan Agrobank bagi taklimat akhir dan bacaan yassin memohon agar dimudahkan perjalanan.

Antara yang hadir untuk bacaan yassin



Kami bergerak jam 3 pagi dari pusat latihan ke KLIA.  Untuk trip ini,  Agrobank memilih untuk menggunakan perkhidmatan Malindo air. Flight kami adalah pada jam 8 pagi.

Bergerak dengan bas Agrobank



Group check in

Report wife dulu

Breakfast

Tiba di KKIA, kami disambut oleh kakitangan Regional office Sabah selaku tuan rumah. Di sana kami berkumpul bersama-sama rakan2 pendaki dari sabah dan sarawak. Kami dibawa menaiki bas untuk ke gerai makan berhampiran bagi mengisi perut yg lapar.

Lauk dia marvellous

Di Tugu Double 6

Sebelum bergerak menuju ke Kundasang,  kami berhenti di shopping mall berhampiran untuk membeli kelengkapan akhir dan bekalan makan untuk mendaki keesokannya.

Tengah discuss nak beli apa

Kami menyambung perjalanan mendaki lereng2 bukit menuju ke Kundasang.  Sesekali badan melentok2 mengikut lenggok jalan yang dilalui.

Kami tiba di Sabah Park tepat jam 4.30 petang dan terus melaporkan diri bagi memudahkan urusan pendakian esok.

View from Sabah Park

Selpi2 sebelum registration

Orang kuat Kinabalu tengah serius

Berebut nak register

Penginapan kami malam itu adalah di Perkasa Hotel yang letaknya lebih kurang 1.60km dari pekan kundasang. Malam itu kami makan malam KFC dinner plate dan mendapatkan rehat awal untuk menempuh pendakian esok.

Perkasa Hotel

Pasar di Pekan Kundasang.  Nak tutup dah

Sempat melepak lagi

Dinner malam ni


1 September 2019

Hari yang dinanti sekian lama telah pun tiba.  Hari pendakian!! Kami menyimpan semua barang yang tidak diperlukan sepanjang pendakian di dalam beg dan diberikan kepada En Nazrul yang menunggu di hotel.

Pengumpulan beg secara berjemaah

Kami tiba di Sabah park lebih kurang jam 7.30 pagi.  Ketibaan kami disambut oleh Dato' Hashim selaku lembaga pengarah Agrobank. Selesai urusan guide dan porter,  kami terus menaiki bas menuju ke Timpohon Gate.  Pintu masuk bagi pendaki2 Gunung Kinabalu.

Cuaca cantik hari ni

Geng Sembang with Abg Firdaus

Geng bawa beg bertan2

Our porter.  Pernah masuk majalah 3 tajuk Badang Kinabalu


Tiba di Timpohon Gate

Kami diberikan ucapan alu-aluan dan kata2 semangat oleh Dato'Hashim. Seterusnya bacaan doa oleh saudara Fazli, salah seorang peserta program.  Aku sendiri mengetuai sesi warm up sebelum memulakan pendakian.

Warm up session

Pelepasan peserta oleh Dato' Hashim

Pelepasan peserta dirasmikan oleh Dato Hashim mengikut kumpulan2 kecil seramai 5 orang satu kumpulan. Aku berada dalam kumpulan 1 bersama2 dengan En Zahid, En Azman selaku CDM,  En Yusri dan Abang Firdaus.  Dengan lafaz Bismillah,  kami memulakan pendakian jam 9 pagi.

Gambar satu dulu.. 

My group

Perjalanan bermula lancar.. Menghampiri km1, group2 kecil di belakang sudah mula mengejar dan bercampur dengan group hadapan. Di Km1 ada pondok rehat dan tandas.  Sama juga bagi tiap half km seterusnya.

The only waterfall sepanjang jalan

Regroup



Selepas berehat seketika kami meneruskan perjalanan.  Ada beberapa route baru bagi menggantikan jalan yg rosak akibat gempa pada tahun 2015.

Never ending stairs

Geng padu

Kami berhenti rehat hampir setiap half km asalkan ada pondok rehat.  Di lokasi2 pondok ini jugalah terdapat banyak tupai2 jinak yang akan datang meminta makanan. Jadi, bawalah makanan lebih jika nak berswafoto dengan haiwan kecil ini.

Lagi tangga

Cubaan menjinakkan tupai


Menuju km3 dan seterusnya,  peserta2 yang laju sudah ke depan meninggalkan kami.  Pada waktu ini, aku berada dalam group yg sama dengan En Azman,  abang Firdaus,  Anuar,  Muaz dan Izwan melayan trek bertangga yang tidak berkesudahan. Sesekali berhenti bergambar bagi memberi motivasi dan rehat melepaskan lelah.

Our little group odw ke Mempening
Tiba di Mempening hut sekitar km3, kami kembali regroup dengan kumpulan di belakang. Disebabkan group sudah ramai,  aku dan Anuar membuat keputusan untuk bergerak ke atas terlebih dahulu.

At Mempening Hut

Kami tiba di Layang2 Hut tidak lama kemudian.  Di Layang2 hut,  terdapat pondok yg lebih besar. Kalau ada emergency,  maybe boleh bermalam di sini.  Selalunya siapa2 yang ada lunch pack,  akan makan di sini sebelum bergerak ke Laban Rata. Di sini kami berjumpa dengan peserta2 di hadapan.  Termasuk COO kami, En Zahid.

Lepak jap kt Layang2

Kami ambil keputusan untuk tidak berehat lama di Layang2 dan terus bergerak ke atas.  Sepanjang perjalanan aku dah mula berasa penat dan langkah makin mengecil.  Mungkin disebabkan trek sudah berubah dengan lebih banyak batu2 yg licin dan perlu lebih berhati2. Daripada ramai2 tadi,  aku end up dengan bergerak secara berempat iaitu aku, Afiq,  Shahlan dan Farez.

Team 4teen

Layannn

Kami berhenti di satu dua tempat untuk ambil gambar.  Dari layang2 ke atas,  rupa bumi sudah bertukar dan mula dipenuhi dengan pokok2 bonsai yang cantik. Mujur ada shahlan sebagai cameraman dalam group.  Banyaklah gambar kami dalam camera olympus beliau.

Trek cantikk



Tidak lama kemudian kami tiba di villosa shelter dan berjumpa dengan team di hadapan termasuk Anuar,  jess,  pali,  bern dan Rajibah. Dari Villosa,  cuma lebih kurang 1km lebih saja lagi untuk tiba di Laban Rata.

Part pokok2 bonsai dah

At Villosa

Power Rangers

Dalam perjalanan,  hujan lebat turun. Mujur waktu itu aku berada berhampiran dengan Paka Shelter. Kami menunggu lebih kurang 20 minit sebelum mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan ketika hujan sudah renyai.  Nasib baik juga kami dibekalkan dengam raincoat oleh Agrobank. Kalau tak, konfem dah lencun.

Gerak dalam hujan



Tak lama kemudian kami pun tiba di Panalaban atau juga dikenali sebagai Laban Rata.  Ada antara kami yang dah sampai lebih awal dan telah menguruskan check in kami di Laban Rata.


Me at Laban Rata



Di Laban Rata kami tinggal di Lemaing hostel yang boleh memuatkan 26 orang pada satu2 masa. Setelah memilih katil dan berehat seketika di dalam bilik,  kami turun ke cafe di Laban Rata. Pakej yang diambil untuk mendaki gunung kinabalu sudah termasuk penginapan dan makan di Laban Rata.

Penginapan kami di Laban rata


View from cafe Laban rata

Dah jadi waterfall belakang En Yusri tu sebab ujan

Makanan mula dihidangkan sekitar jam 4.30 petang. Makanan dihidangkan tak kurang hebatnya ada pelbagai jenis lauk termasuk kambing balck pepper,  ayam dan daging.  Juga terdapat spagetthi, sayur,  buah dan sup panas.. Memang bangkit selera makan time sejuk camni.

Makan dulu.. 

Peserta terakhir tiba lebih kurang jam 7 malam. Porter yang mengangkat barang aku juga sampai agak lewat.  Selepas beliau sampai, aku mula mencari persalinan untuk dipakai selepas mandi.  Tak seperti budak2 legend ni yang mandi sejuk2. Aku mengambil air panas dari water dispenser yang terletak tak jauh dari hostel.. Memang selesa betul rasa selepas mandi.

Tiada surau di Laban Rata jadi kami cuma solat di dalam bilik. Kami mendapatkan tidur awal iaitu sekitar jam 8 malam supaya dapat bersiap untuk summit attack esoknya.

Tidur2


2 September 2019

Tepat jam 2 pagi, kami bersiap2 untuk menjamah sedikit makan di cafe.  Pada masa ini,  kami telah memakai pakaian lengkap dan membawa barangan yang perlu untuk ke puncak.

Makan dulu.. 

Selesai makan,  kami diberikan sedikit taklimat oleh guide kami berkenaan pendakian ke puncak.  Kami melangkah memulakan perjalanan kami dengan iringan doa sekali lagi oleh saudara Fazli.

Briefing

Kami sebenarnya memulakan perjalanan agak lewat iaitu pada jam 3 pagi. Perjalanan ke puncak ternyata lebih mencabar dari semalam.  Di sini ketahanan badan mula diuji. Suhu pada waktu ini sekitar -2c.

Kami berhenti di beberapa tempat sepanjang jalan bagi melepaskan lelah.  Alhamdullilah cuaca cantik selepas hujan sehingga lewat malam. Perjalanan ke puncak ini memang sangat mencabar dengan deretan tangga yang tak berkesudahan.  Aku pulak yg psycho bila pandang soroton lampu di atas.  So,  aku just perhatikan kaki orang hadapan saja.

Kami tiba di checkpoint sayat2 sekitar jam 4.30 pagi. Di sini kami melapor diri. Tandas turut disediakan di sini.  Kami ambil air sembahyang dan meneruskan perjalanan. Tak lama kemudian apabila kami tiba di kawasan yang agak lapang, kami berhenti untuk solat.

Sayat2 checkpoint

Abg Mazni melapor diri

Perjalanan diteruskan sehingga km8. Lega rasanya bila dapat berada di sini. Trek juga mulai landai tak seperti tadi yang kebanyakan masa kami bergantung pada tali untuk naik.

At km8. Masih gelap

Keadaan makin jelas bila matahari mulai keluar. Namun cuaca masih sangat sejuk. Sesekali apabila menanggalkan glove untuk ambil gambar,  rasa macam nak beku tangan. Anuar dan Jess adalah peserta Agrobank yang terawal tiba di puncak sekitar jam 6.30 pagi.

Duo padu

Alhamdullilah!!! sekitar jam 7 pagi aku sampai ke puncak. Memang satu kepuasan dapat berdiri di Puncak Gunung tertinggi di Asia Tenggara ini.  Puncak setinggi 4095.2 mdpl.

I made it!!! 

Budak2 risiko

Will i am


Puncak singgit


Sama kan

With my coo

Aku berada di puncak tidak lama kerana terpaksa memberi laluan kepada pendaki lain untuk berada di puncak yang sempit itu.

Sewaktu menuruni puncak, kami terserempak dengan group yang berada di belakang. Ada antara kami yang sekali lagi naik ke puncak untuk bergambar dengan bendera Agrobank di puncak. Aku ambil keputusan untuk ke km8 sahaja tempat di mana kami plan untuk bergambar beramai2 bersama bendera Agrobank. Tak sanggup untuk mendaki ke puncak sekali lagi dengan cuaca sejuk dan angin yang kuat.

Halfway kibar bendera dulu

Di km8, kami membuka bendera Agrobank dan bergambar terlebih dahulu sementara menunggu ahli yang lain yang masih berada di puncak.

Bendera Agrobank di Puncak Singgit

Tidak sempat untuk menunggu semua peserta lain tiba,  aku dan beberapa rakan lain bergerak turun terlrbih dahulu. Cuaca sejuk dan timing waktu itu yang makin lewat membuatkan aku rasa lebih baik turun awal.  At least sempat aku alihkan barang rakan2 lain keluar dari hostel.  Kalau lambat checkout kena denda rm100 seorang tu.

Perjalanan turun ke bawah lebih santai dan tak perlu bimbingan guide dengan trek yang jelas.  Asalkan follow route tali dan jangan tersasar.

long way nak turun

Kundasang nun di sana

Panjat sini tadi

View bonsai di bawah


Ikut tali

Flora at kinabalu

Aku tiba di Laban Rata sekitar jam 9.30 pagi. Aku minta tolong Anuar untuk ambilkan makanan aku dan aku bergegas ke bilik untuk mengemas barang2 rakan2 lain dan tempatkan di luar ruangan hostel.

Tak lama kemudian,  ats arahan CDM,  aku ke pejabat dan meminta agar dipanjangkan tempoh check out sehingga jam 11 supaya ahli yang lain dapat kembali on time.  Ada antara kami juga menyimpan sedikit makan untuk ahli2 lain menjamah sedikit makanan sebelum turun dari Laban Rata.

Selepas makan dan mengemas barang, aku dan beberapa orang lagi yang sudah bersiap bergerak turun terlebih dahulu. Sekitar jam 11.20 kami mula melangkah turun. Sepanjang perjalanan turun tu rupanya ada few peserta dah yang turun terlebih dahulu.

Aku tiba di Timpohon gate tepat jam 1.30 tengah hari. Cepat kan?  Berlari turun sebab nak cepat sampai. Tak tahan menjaga kaki turun banyak anak tangga.

Yay dah smpai

Aku,  Zefri dan Bern antara yang terawal tiba di Timpohon Gate. Sejurus tiba di Timpohon gate,  kami dibawa ke Sabah Park dengan menaiki van yang disediakan. Di sana,  kami rehat dan makan sementara menunggu ahli yang lain sampai.  Kami juga membeli medal Kinabalu yang dikeluarkan khusus untuk pendaki yang berjaya sanpai ke puncak Kinabalu sahaja. Sijil Kinabalu pula disimpan oleh Agrobank dan akan diberikan kemudian.

Dalam jam 6 petang, peserta terakhir pun tiba di Sabah Park. Alhamdullilah.. Semua selamat.  Riak kepuasan terpapar di wajah setiap peserta program kerana dapat menamatkan xpdc kinabalu dengan jayanya.

Kami terus menaiki bas untuk dibawa kembali ke Kota Kinabalu.  Makan malam telah diatur oleh pihak Region Sabah bersama2 Regional Director Sabah,  Hj Tamring dan Dato'Hashim. Menu malam tu memang best dengan seafood yang pelbagai.

jemput makan

Fresh seafood

Aku dah tak ingat nama tempat makan tu.  Yang aku tau ianya terletak berhampiran dengan Pasar Filipin dan siangnya adalah tempat parking. Owner tempat itu bernama Hj Ismail.

Selepas makan,  kami berjalan menuju ke hotel yang terletak tak jauh dari tempat makan. Hotel kami malam itu adalah the Kalagan.

3 September 2019

Hari ini adalah hari terakhir kami di Kota Kinabalu. Flight kami pada jam 2 petang. Selepas breakfast pagi tu, sempat lagi kami berjalan2 membeli souvenir di Pasar Filipin.

G breakfast jalan kengkang

Segala bagai jenis barang cenderamata boleh dibeli di sini. Ini termasuklah fridge magnet kinabalu, key chain,  bag,  baju,  ikan bilis,  keropok,  pearl.. Rambang mata dibuatnya.

Muaz dan farez serta hasil2 mereka
Selesai shopping kami pulang semula ke hotel untuk bersiap2 pulang ke KL.

Pukul 12 kami sudah berada di KKIA. Sebelum pulang,  kami bergambar kenang kenangan terlebih dahulu. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan2 kami dari Sabah dan Sarawak.

Bye2 Kinabalu

Overall,  aku sangat2 bersyukur kerana dapat menyertai xpdc ini. Satu perjalanan dan pendakian yang aku takkan lupakan.  Adakah aku akan mendaki Kinabalu lagi?  Of Coz la kalau ada rezeki.. But for now,  nak rest kaki dulu jap.

Sehingga bertemu lagi Akinabalu~

































































Comments

  1. If you're trying to lose pounds then you certainly have to start using this totally brand new personalized keto meal plan diet.

    To create this keto diet, certified nutritionists, personal trainers, and chefs have united to develop keto meal plans that are powerful, decent, money-efficient, and enjoyable.

    Since their launch in early 2019, 1000's of people have already completely transformed their figure and health with the benefits a professional keto meal plan diet can offer.

    Speaking of benefits; in this link, you'll discover eight scientifically-tested ones offered by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2