Trekking ke Sungai Lepoh

Kali ini aku trekking ke Sungai Lepoh. Dah lama sebenarnya nak ke sini tapi baru kali ni dapat seru. So awal2 pagi aku, wife n si kecik 2 tahun ni bersiap untuk ke Sungai Lepoh yg terletak di Hulu Langat. Hulu langat ni xde la jauh sangat dari tempat kami memandangkan aku tinggal di Semenyih. Dalam perjalanan, kami singgah tapau nasi lemak n kuih2 sebagai breakfast. Yg kuih2 tu kami makan dalam kereta je. Nasi lemak tapau bawa makan kt air terjun. Nak ke sungai lepoh ni korang type je kt maps tu asli adventure camp iaitu tempat pemula nak ke sungai lepoh. Asli adventure camp in map Pukul 9 pagi kami tiba di Asli Adventure camp. Tengok kereta dah bersusun dah kt luar. Pakcik jaga parking ni minta untuk kami park dekat dalam camp. Cost parking adalah rm5. Tempat park kereta Before start trekking tu anak aku la yg paling eksited sekali. Semangat berjalan. Tak lama pastu kena la dukung. Nasib baik ada bawa carrier dia. Kalau x, patah tangan ni..haha. ...