Pada 20 & 21 Oktober yang lalu, aku dan famili ke Port Dickson untuk sambutan hari lahir princess kesayangan kami iaitu Yasara.
Sebenarnya PD ni dah tak asing lagi bagi kami sekeluarga. Boleh kata kerap gak kami santai2 di sini sebab kami tinggal di semenyih dan perjalanan ke PD lebih kurang sejam je. Biasanya cuma 1 day trip je kami di PD
Tetapi untuk kali ni, my wife ada plan special untuk kami oktober baby ni. Yup! Birthday aku cuma 5 hari awal dari anak aku ni. My wife memang xnak gtau sampai sudah di mana kami akan menginap di PD. Cuma pada hari kejadian je, dia setkan nama tempat di gps aku.
Disebabkan kami cuma boleh check in jam 3 petang, lepas zuhur baru la kami bergerak ke PD.
Tempat penginapan kami di PD adalah D'Wharf hotel & Serviced Residence. Tempat memang sempoi abis. Harga? Aku xtau..puas tanya wife, dia still xnak kasi tau. Her treat katanya..Hotel ni terletak berhampiran dengan PD Waterfront. Kiranya strategik la bagi aku. Ada tempat lepak, ada mcd ada starbuck, ada mall, boleh mancing n mandi laut..pendek kata semua ada la.
 |
sampai hotel ja nampak swimming pool |
 |
ruang lobby D'Wharf |
Bilik yang kami menginap ada bilik num 12 di tingkat 5. Bilik bersih, tandas bersih n buka je balkoni terus nampak view laut..refreshing. kelengkapan bilik lak semua complete. Ada tv, air cond, almari, towel, peti ais, peti simpanan, sabun..
 |
ruang bilik yang selesa |
 |
tv, peti ais ada |
 |
almari bapak beso |
 |
toilet yang clean |
 |
shower n towel |
 |
ni haa paling best. view laut from balkoni |
First thing kitorg buat bila smpai adalah menghias bilik untuk celebrate birthday. Wife aku memang dah prepare semua benda. Daripada kek sampai la ke belon. Kerja aku tiup belon je lah. Dah siap semua kitorg potong kek makan2 n selpi beberapa keping gmbar. Hepi birthday my girl!!
 |
the birthday cake |
 |
hepi famili |
 |
eksited dapat kek |
 |
Hepi Birthday princess abah |
Dah petang sikit, kami siap sedia untuk terjun ke kolam. Rugi oii x terjun. Kt hotel ni ada 3 kolam. 2 kolam untuk kanak2 dengan air setinggi 1.5 kaki dan 2 kaki. Manakala kolam dewasa yg lebih besar adalah sedalam 4 kaki.
Kami pilih untuk terjun dalam kolam 4 kaki je terus sebab memang kami ada bawa pelampung untuk si kecik ni. Memang layan la sambil mandi sambil layan view sunset. Sayang gambar xde. Handphone tinggal lam bilik.
 |
ready to swim |
 |
view pool dari our room. nice kan? |
Dah puas berenang, kami kembali ke bilik sebelum bersiap2 untuk ke pasar malam.
Bagi korang yang ada di PD pada sabtu malam memang rugi kalau tak singgah pasar malam di PD ni. Pasar malam ni terletak di batu 4 PD. Ikut je jalan tepi pantai tu. Konfem jumpa punyer.
Pasar malam ni agak femes di PD sebab banyak pilihan makanan di sini. Boleh kata 80% daripada pasar tu memang untuk jual makanan saja. Memang rambang mata dibuatnya. Try la ushar2 tengok makanan sini. Boleh buat bekal makan lepak tepi laut.
Selesai jalan2 di pasar malam, kami singgah di pantai berhampiran. Bertentangan dengan pasar malam tu je. Pantai2 di PD di waktu malam memang happening. Banyak gerai2 dan food truck menjual pelbagai jenis makanan. Selain tu, ada juga mainan yang berlampu2 sesuai untuk famili yang ada anak2 kecik untuk bermain. Bawa la sekali tikar piknik korang n few jajan. Sambil layan angin malam tengok pantai. hilang jap rasa stress kt opis tu.
 |
main pasir sorang2 |
Keesokan harinya, kami bangun awal untuk breakfast di hotel. Dah breakfast free, buffet lak tu. rugi la kalau x makan kan? Breakfast dekat D'Wharf ni memang banyak pilihan. Daripada makanan yang heavy seperti nasi lemak, mee, nasi goreng sume hinggalah pelbagai jenis kuih muih, roti, bubur dan buah buahan.. Sejjam gak kami mengadap makanan jer.
 |
pilih jangan tak pilih |
 |
dah berapa pinggan dah ni |
 |
apa yang simpan dalam pipi tu |
Plan pagi tu pas breakfast nak terus terjun kolam. Tapi hujan bukan main lebat lagi. Angin pun kuat giler sampai pintu kaca hotel tu pecah kena hentam dengan angin. Jadi kitorg kembali masuk hotel, tunggu hujan reda baru la turun kolam semula.
Kitorg check out daripada hotel jam 1 tengah hari. Destinasi kitorg seterusnya adalah Muizum Tentera Darat di Port Dickson. Dengarnya muizum adalah muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Dah lama jenjalan di PD ni lah first time aku jejak kaki di muzium ni. Parking untuk masuk muzium ni agak kecik. So kalau korang takde luck tu kena la cari parking di kawasan luar. Seeloknya datang awal untuk secure parking.
Masuk ke dalam, anda boleh lihat pelbagai jenis barang dan sejarah daripada zama kesultanan melayu melaka dan zaman penjajahan british. Muzium ini disusun megikut kronologi sejarah jadi senang kita nak faham cerita pasal tanah air kita ni. Jika anda adalah seorang peminat sejarah, aku rasa berjam2 korang boleh habiskan di sini saja.
 |
kenal ni dalam counter strike ja |
 |
kasi potong itu tangan |
 |
kenal tak ni sapa? |
 |
mama atau rimau, mana lebih garang?haha
|
 |
details tul replika dia |
Tak cukup dengan itu, ada juga terowong bawah tanah yang dibuat untuk nampak seakan2 terowong yang digunakan oleh komunis. Lengkap dengan pelbagai jenis replika dan patung untuk menampakkan tempat tersebut lebih hidup.
 |
panjang gak terowong ni |
 |
ada orang tido sini sara |
 |
ada guard lagi |
Luar kawasana muzium ni juga ada titi gantung dan kolam ikan. Boleh la duduk santai2 lepas abis pusing dalam muzium. Owh lupa lak nak cakap benda peling penting pasal muzium ni. Masuk percuma tau!! so tunggu apa lagi, bawa la famili semua jalan2 sini.
 |
abah lak yang gayat |
 |
fish.. |
 |
more fish |
 |
n lot more fish.. |
Selesai dengan pembelajaran sejarah di muzium, kami cari tempat untuk makan tengah hari. Aku pilih untuk makan di gerai dekat2 je sebab memang dah lapar. Cari punya cari kami singgah di sebuah foodcourt ni. Try makan di gerai Bayu Patin Tempoyak. Nampak macam gerai biasa2 jer. tapi korng try la kena set patin tempoyak dia. Terangkat beb!!
 |
layan wei makan sini |
Dah abis makan, kami pun bergerak balik ke Semenyih. Berakhirlah trip santai kami di PD. Yang nak jalan2 di PD tu, jangan lupa checkout tempat2 yang aku mention dalam blog ni..Gerenti percutian anda akan rasa berbaloi.
Jumpa lagi di lain entri, Assalamualaikum~~
Bestnya nmpk pool tu.
ReplyDeleteHaha..boleh repeat
DeleteMencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?
ReplyDeleteBio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti (Made In MOrea) dan dapat HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)
HARGA bermula dr RM699
KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model)
http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/
Hubungi:
0178895990 atau click http://bio.wasap.my