Hari kedua kitorg di Seoul dimulakan dengan breakfast percuma di Guesthouse. Guesthouse kitorg sediakan roti untuk dimakan sama ada dengan jem strawberi atau butter. Complete ada toaster lagi untuk bakar. Air pula ada pilihan sama ada nak minum susu, jus oren atau kopi. Lupa lak nak mention dalam post sebelum ni, Beewon Guesthouse ni ada dapur untuk masak2 gak. Boleh guna start jam 11 pagi sampai 11 malam sahaja. Baik tu!! boleh beli barang raw untuk masak ja kalau susah cari makanan halal di luar.
 |
jem dia sedap oii |
 |
ni kawasan dapur dia. microwave semua ada |
 |
kopi dia padu..ni aku bancuh sendiri |
Selesai breakfast, kitorang gerak keluar menuju ke destinasi pertama hari ni. Ke mana?? Namsan Tower!! Untuk ke Namsan Tower, kitorang piih untuk menaiki subway ke Chungmuro station. Di sini kitorg bergerak dengan menaiki bas pulak untuk ke Namsan Tower. Jangan salah pilih bas tau. Kalau tak pasti, boleh refer route bas dekat bas stop tu. Kitorg pun fening gak nak naik bas dekat mana awal tu. Mujur ada sorang nenek ni tunjuk tempat yang betul. Amik bas num 02 yer. Jangan silap!!
 |
buat apa la dua orang tu.. |
 |
tunggu bas area depan sini tau.. |
 |
route bas..bas dia akan gtau nama setiap station. Juz stay alert
|
Sebenarnya ada 2 nama stesen Namsan tau dalam route bas tu. and guess what, kitorg tersilap turun awal 1 stesen..haha. Silap tetap silap, so kitorg decide proceed dengan jalan kaki je untuk ke Tower. Ingat jalan mendatar, sekali kena hiking dalam hutan dulu..Matilanak!!
 |
hang seyum?? tunggu sat |
 |
dah nampak view dah.. |
 |
hutan..kalau tengah peak autumn, mesti cantik tempat ni |
 |
anak abah dah bangun |
 |
yay!!made it
|
Lebih kurang 20 minit mendaki, akhirnya sampai gak ke Namsan Tower ni. Namsan Tower ni bagi aku lokasi wajib la bila korang datang Seoul ni. Pemandangan dari atas menara memamg marvellous. Selain daripada naik bas dan berjalan, Actually korang bleh gak pilih untuk menaiki kereta kabel untuk ke puncak Namsan ni. Bayaran untuk round trip kereta kabel ini adalah 8500 seorang.
Masuk je dalam tower, kitorg terus beli tiket untuk ke bahagian observatory deck. Bayarannya pula adalah 10,000 won tiap seorang. Berbaloi la dapat tengok pemandangan bandar Seoul ni dari tinggi 243 meter. Kitorg spend masa dalam 30 minit gak kt atas ni. Sempat lagi amik gambar sebagai cenderamata.
 |
tiket masuk |
 |
OOTD Sara |
 |
selpi from the deck |
 |
sekodeng jap dulu |
 |
part of Seoul yang boleh nampak |
Dah puas menjamu mata, kitorg turun ke tempat orang gantung mangga banyak2 tu. Aku pun tak tau apa simbolik dia gantung2 mangga tu tapi tempat ni nampak cantik la penuh dengan mangga yang pelbagai. Bukan sikit, tapi banyak betul mangga2 dia. Bentuk pun macam2. Yang minat bergambar tu, ni one of the ideal place la. Yang nak abadikan kenangan dengan menggantung mangga di sini pun boleh. Kitorg pun ada beli 1 dekat mesin di sana.
 |
dok sibuk bilang mangga |
 |
sara still counting |
 |
sara with mama |
 |
ni mangga kitorg |
 |
bersemadilah di sini |
 |
dalam banyak mangga, awak tetap harum manis saya. chia3 |
Dah puas bergambar tu kitorg lepak2 jap dekat park dia. Disebabkan cuaca baik, ramai gak orang Korea lepak piknik sini. siap bawak bentang tikar lagi. Kat park sini jugak ada persembahan diorg buat. Tapi ada timing2 dia la. Disebabkan perut dah lapar, kitorg tak de la tunggu persembahan dia. Kitorg gerak ke tempat tunggu bas untuk cari makan di Itaewon.
 |
bersantai di park |
 |
early autumn. daun baru nak kuning |
 |
berlatarkan pokok maple dan namsan tower |
Untuk naik bas ke Itaewon, korang kena la cari bas mana yang akan ke Itaewon. Dekat korea ni xde masalah. Sebab bus stop ni banyak yang paparkan laluan perjalanan bas. Jadi boleh la tengok bas apa korang patut naik. Time kitorg tunggu bas tu, ada sorang makcik ni datang berikan Sara biskut. Sebab tak pasti biskut tu halal atau tak, aku pegang dulu biskut tu. Takkan nak terus suap anak aku lak. Bila diteliti, tu adalah biskut cracker biasa dan yakin halal baru aku bagi anak aku makan. Sini orang2 tua memang minat budak2 kecik ni tau. Bukan kt Malaysia makcik2 ni tak minat. cuma dekat sini lain macam sikit. macam sayang sangat dengan budak2.
 |
boleh refer route bus di bus stop |
 |
ni la makcik yang offer makan tu.hehe |
 |
lengang je bas time kitorg naik tu |
Sampai di Itaewon, kitorg terus cari Masjid Itaewon. Singgah di Seoul ni tak sahlah kalau tak melawat masjid ni. Rasanya, ni lah satu2nya masjid besar di Seoul ni. Jalan punya jalan, kitorg tak jumpa gak masjid tu. Ingat senang ja nak jumpa. Nasib baik sini ramai orang Malaysia. Dengan berpandukan direction diorg, jumpa la jalan nak ke masjid ni. Alhamdullilah...
Di Itaewon ni memang banyak makanan halal. Kebanyakan makanan adalah kebab. Disebabkan perut lapar, kitorg cadang untuk berhenti makan dulu sebelum pergi ke masjid. Kedai yang kitorg aim ni terletak tak jauh pun dari Masjid Itaewon. Nama kedai ni Restoran Muree..Saja kitorg pilih restoran ni sebab di ada sajikan makanan korea. Dah tu takkan mai Korea pun nak cari nasi lemak kot.
 |
jalan2 di Itaewon ni memang nampak lively lah.. |
 |
tengah sesat |
 |
with budak baru bangun |
 |
our lunch today |
 |
bulgogi & sup kimchi..serius sedap. total makan n minum 30,000 won |
 |
Restoran Muree |
 |
memang sdap. wajib singgah |
Selesai makan, kitorg singgah untuk melawat dan solat di Masjid Itaewon. Masjid ini hanya terletak beberapa meter saja dari kedai makan tadi. Aku ingat masjid ini kecik saja. Rupanya boleh tahan besar. Ruang solat pun selesa.
 |
Masji Itaewon dari pandangan sisi |
 |
budak kecik ni pun ikut solat gak |
 |
ruang dalam masjid |
 |
pandangan dari masjid |
 |
Masjid Itaewon |
 |
thanks to brother yang tolong ambil gambar ni. |
Selesai lawatan di Masjid Itaewon, kitorg kembali ke Guesthouse untuk berehat. Untuk balik, kitorg pilih untuk menaiki subway dari Itaewon sahaja. Disebabkan tak bawak stroller, lenguh gak la badan dan tangan untuk mengangkat si Sara ni. Tiba di tempat penginapan, kitorg ambil peluang untuk berehat.
Sempat berehat kejap, kitorg sambung berjalan ke Insadong Market. Market ini terletak cuma selang beberapa lorong saja daripada Guesthouse kitorg. Sebenarnya, market Insadong ni buka dari pagi lagi. Jadi bila kitorg sampai waktu malam, banyak kedai dah nak tutup. Market Insadong ni terkenal dengan hasil2 jualan kraftangan dan cenderamata. Ktorg datang pun takde la niat nak beli apa pun. Cuma untuk cuci mata ja. Selain daripada jualan kraftangan, banyak gak street performance dekat sini. Boleh la lepak2 tengok show free..
 |
ni la Insadong street. Tak ramai orang time ni sebab kedai dah banyak tutup |
 |
abam amik gambar la 1 |
 |
my wife hepi jumpa aiskrim pisang dekat mini market..sedap aiskrim yang ni |
 |
one of street performance. Mat salleh yang perform |
 |
banyak kan krafttangan dia |
 |
yang tinggi2 tu kon aiskrim. menarik cara dia buat aiskrim
|
Kitorg terus berjalan sampai la ke hujung Insadong street. Disebabkan malam masih muda, so kitorg decide untuk ronda bandar Seoul dengan berjalan kaki. Disebabkan malam ni jugak adalah malam minggu. so ramai la orang2 korea ni ambil kesempatan untuk hang out dengan famili dan kawan2. Jalan punya jalan tak sedar dah sampai di Cheonggyecheon stream. Actually semalam kitorg dah pun jejak kaki di sungai ni tetapi bukan dekat the exact same place. Ini area lain sungai pulak.
Di bahagian tempat kitorg lepak malam ni macam lebih meriah dari sebelumnya. orang pun lebih ramai lepak. Ada tempat bridge yang colorful dan tempat orang lempar coin ke dalam sungai. Memang ramai la orang korea lepak2 having snack dekat tepi2 sungai tu. Kitorg pun pilih satu port untuk lepak. Sebelum singgah di sungai ni tadi, kitorg ada la beli minum2 dan snek untuk makan. So, piknik lah jap tepi sungau tu. Menghayati keindahan malam Cheonggyecheon stream yang famous ni.
 |
lively night in Seoul |
 |
jambatan pun colorful |
 |
ramai orang lepak2 sini hujung minggu ni |
 |
pekerja sini tengah kaut coins dalam sungai |
 |
reflection pelangi dekat sungai ni. cantik |
 |
monumen apa ntah ni |
 |
ada macam pasar malam. tapi makanan macam takde yg halal |
Dah lenguh kaki berjalan, kitorg pulang la kembali ke guesthouse. Memang terasa la kaki macam tercabut. 1 whole day berjalan saja..Sampai ja guesthouse memang terbongkang terus. Esoknya ada lagi tempat menarik yang kitorg akan pergi. Ke mana??
Kita ke Everland!!! Untuk trip ke Everland, see u in the entry 3 percutian ke Seoul..jumpa lagi, Assalamualaikum!!
Love it
ReplyDeletehye masa ni bulan 9 brp hb ya im planning to go there end of sept. agak2 dah sejuk x time tu
ReplyDeleteTime ni 2nd week bulan 9. End of september rasanya dah mula sejuk. Tapi xde la terlalu sejuk sebab baru nak masuk autumn
Delete