Menawan Gunung Semeru - Part 2


Menawan Gunung Semeru - Part 2





Cerita kali ni sebenarnya bukanlah berkisar tentang mendaki Gunung Semeru walaupun blog ini adalah kesinambungan kepada Menawan Gunung Semeru dulu. Kali ni aku nak story sikit pasal jalan2 di Kawasan Gunung Bromo dan survival aku kat Surabaya time ilang passport.

Lepas selesai mendaki Gunung Semeru, kitorang tidur rehat beberapa jam di Ranu Pane. Baru beberapa jam lelap, kitorang dah gerak ke Penanjakan. Aku tak ingat dah pukul berapa, yang aku ingat memang ayam pun tak bangun untuk berkokok lagi time tu. 

Jadi dengan muka yang masih mengntuk, kitorang pun naik jip ke sana. Memang kiri kanan jalan still gelap and aku pun x nampak apa. Yang aku tau time tu tujuan aku mai nak hiking ja. Jadi aku pun x research pun Penanjakan ni tempat apa. 

Tak berapa lama perjalanan, kami sampai di satu tempat ni. Turun2 jip ja nampak la kuda2 banyak. Kuda ni serve as pengangkutan untuk bawa orang bagi yang xnak berjalan. Maklumlah kami kena berjalan kaki melalui jalan yang agak membukit.



Sampai kat satu kawasan lapang di atas, aku nampak ramai orang dah ada di sini. Siap ada gerai jual air panas & maggi cup lagi. Suhu time tu memang sejuk gaban la..glove memang dari tadi terpakai kt tangan aku ni. Untuk ilangkan sikit rasa sejuk tu, aku beli la 1 cup maggi. Matahari time tu pun tak nampak rupa lagi, jadi still aku wonder aku buat apa kat sini. 





Tak lama lepas tu..dari bilah cahaya yang pertama sinaran matahari, aku dapat teka yang kitorang datang sini untuk tengok sunrise. Aku dapat lihat kawasan berkabus dan tebing2 bukit dari kejauhan. Tapi aku tak duga, bila matahari dah semakin terang kawasan depan aku ni nampak begitu berbeza dari sangkaan aku.



Subhanallah...cantik sangat2. The best view of sunrise I ever have. korang tengok sendiri la gambar2 kat bawah ni kalau tak percaya.























Setelah puas bergambar, kitorang bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Gunung Bromo. Bromo ni gunung berapi yang aktif dan memang one of the main tourist attraction kt sini lah. jadi banyak orang jual2 souvenir dan ada servis kuda untuk angkut orang kat sini. Aku sempat beli sejambak bunga 'Abadi' sebagai kenang2 kenangan. Kenapa bunga Abadi? Lepas 2 tahun lebih pun, bunga tu masih kekal lagi kt rumah aku ni.































Lepas Gunung Bromo, kami ke tempat dinamakan Pasir Berbisik. Tempat ni actually kawsan pasir yang luas sekitar Gunung Bromo. Tempat ni memang cantik dengan hamparan pasir yang luas dan background gunung ganang yang menghijau. Sempat la aku snap few gambar yang salah satu gambarnya dah diabadikan dalam kad kawin aku.




gambar kad kawin aku
Next kitorang ke Kawasan rumput savannah. Melalui denai off road dengan pemandangan gunung ganang di kiri dan kanan jalan memang buat aku teruja.









Selepas singgah bergambar di satu kawasan rumput, kitorang begerak ke bukit teletubbies. Belum pun sempat sampai, tunang aku tanya pasal beg pinggang dia yang aku galas. Time tu lah jantung aku macam nak berhenti berdegup. Terus aku minta driver pusing balik. Aku ingat yang beg tu aku tinggalkan dekat tepi batu di pasir berbisik sebab aku xnak nampak beg tu dalam gambar aku. Tapi aku tak sangkaau terus lupa nak amik beg tu. Dalam beg tu, segala passport, dompet aku, n handphone tunang aku dalam tu.



lagi nak pitam aku, bila beg tu dah tak ada kt tempat aku tinggalkan tadi. Sudah!!buntu aku..mood riang ria aku tadi dah macam terhumban ke dalam jurang laut paling dalam. Dalam kebuntuan aku tu, member2 aku suggest supaya terus balik ke rumah Pak Arsy di mana tempat kami mula bergerak ke Gunung Semeru.



Sampai di sana terus aku buat report polis menyatakan passport aku ilang. Tapi malang berganda lepas polis sana bagi tau aku yang tempat passport aku ilang tu adalah di daerah lain dan report aku patut dibuat di daerah sana. Abis, takkan aku nak patah balik untuk buat report..Jauh kot. Bertambah serabut aku. Yang aku ingat pastu tunang aku temankan aku beli sim kad Indon untuk aku guna internet and search for few things nak buat. Aku pun ada hubungi famili aku maklumkan situasi aku time tu..In case aku xleh balik ke, at least diorang tau la aku kt mana.

Hari tu gak kitorang gerak ke Surabaya which dalam paln kitorang, untuk jalan2 di Surabaya before flight esok malam. Sampai di Surabaya, kitorang terus ke hotel yang kitorang book. Suasana memang suram lah sebab aku pun xda mood lansung dah.

Esoknya, bebudak ni keluar awal tu untuk jalan2 sekitar Surabaya dan cari oleh2 nak bawa balik Malaysia. Aku lak keluar dengan tunang aku untu cari balai polis berdekatan. 

Satu hal gak nak cari balai polis ni pun, sebab sini dia tak panggil balai polis. Bila google keluar nama lain2 dan pelbagai. Kantor polisi lah bagai..Aku jalan kaki follow google maps, bila sampai tempat tu sebenarnya macam pondok jaga je. Ada geng beca lepak situ. Jadi aku tanya lah yg aku nak buat report polis dan tanya balai polis berdekatan. Disebabkan agak jauh, sorang pakcik ni volunteer untuk hantar aku n tunang naik beca. Walaupun aku gtau yang aku xde duit nak bayar coz duit pun ilang dengan passport, dia still hantar kitorang. Serius nak nangis sebab terharu..

Sampai je Balai Polis, aku hulurkan beberapa helai rupiah kat orang beca tu sebagai terima kasih. Tu pun aku pinjam duit tunang aku. Sampai dekat balai polis, satu lagi malang aku. Dia cakap sini balai polis kecik ja, nak buat report kena ke ibu pejabat dia..Ahh sudah..

Dengan perasaan frust dan almost give up, aku dan tunang berjalan kaki untuk balik ke hotel. Distance dia xyah nak cakap la..memang jauh la wei.. Sampai satu tempat ni, kitorang terserempak dan berbual dengan sorang pakcik. Sembang punya sembang, dia cerita la yang dia penah kerja di Malayia dulu. Aku pun selit gak cerita aku ilang passport ni. So, dia cakap suruh aku naik Line N untuk ke sana..Line N ni actually route N yang angkut atau van bawa penumpang. Kira Line N ni akan lalu Ibu peajabat polis tu lah,. Siap pakcik tu yang tolong tahan kt kitorang lagi.

sampai di pejabat polis, terus aku jumpa pegawai sana untuk buat report. Tapi kali ni aku twist skit cerita. Aku cakap beg dan passport  aku ilang di Surabaya instead of Bromo. Bukan niat nak menipu tapi kalau aku tak cakap camtu alamat aku tak balik Malaysia lah..

Selesai report aku lega sikit. So, balik ke hotel, kawan2 aku dah siap2 barang untuk check out. Semua lebihan duit, charger, barang makan, n even kad kredit pun diorang tinggalkan untuk aku guna in case of emergency. Memang kawan sejati..xleh imagine kalau aku travel sorang2 time tu.

So, masa check out tu pun aku ikut gerak sekali. Aku jalan kaki je untuk ke Stesen keretapi sebab x jauh sangat dari hotel. Tujuan aku nak naik keretapi ni adalah untuk ke Jakarta. Untuk pengetahuan korang, kat Pulau Jawa ni kedutaan Malaysia cuma ada di Jakarta. So, nak xnak terpaksa la aku ke sana dulu. Buat laporan di Kedutaan dan settlekan urusan imgresen di sana dulu baru aku leh balik Malaysia.

Episod malang aku start balik bila aku x dibenarkan untuk dapatkan tiket train. Sebab apa? diorang nak passport untuk aku naik train. Dah puas aku pujuk n tunjuk bukti polis report pun still tak diterima. Termenung lah aku jap pk alternatif lain..Dok terfikir bakal jadi gelandangan je aku pasni. haha..Pk punya pk..Aku decide patah balik hotel aku dok semalam untuk aku bermalam sehari lagi. Xleh nak pk tempat lain dah. Otak aku dah jam.

Esoknya, aku check out dan aku book 1 teksi untuk ke stesen bas. Sebab semalam takleh naik train so aku try luck dengan bas. Dalam teksi tu, luckily aku dapat driver yang ramah dan baik. Sembang punya sembang aku terciter masalah aku dekat dia. Punya la bagus driver ni, dia siap hantar aku tukar duit dan ke kaunter bas yang betul. Masa dia stop teksi dia pun, dia stopkan gak meter dia.

Aku berpisah dengan driver tu dekat tempat aku beli tiket bas. Bas aku naik ni memang direct ke Jakarta. So, aku dapat tiket tengah hari tu gak. Pas makan dan jalan2 sekitar, aku balik ke kaunter aku beli tiket tadi. Sini kaunter dia macam shop lot lah..ada kerusi leh duduk lagi.

Aku dok lepak situ sambil bertemankan lagu2 rock kapak Malaysia. Aku tegur la akak kaunter tu, memang minat lagu2 Malaysia ni ke? dia cakap anak dia minat..dia layankan jer. Akak tu tanya kenapa x naik train ke lagi cepat. Aku malas nak panjang cerita, jadi aku cakap lah yang beg aku kena ragut.. Sempat lagi dia advice suru hati2. sini memang banyak pencopet, tambah lagi jangan cakap sebarangan kalau dari Malaysia ni. Takut kena tipu..Yela kan, tempat orang, senang la nak kena.

Few minutes sebelum waktu bergerak, ada satu motor sampai. Motor ni la yg bawa aku sampai betul2 pintu masuk bas. Actually brader motor ni, husband akak tadi. Dia cakap sini banyak scam n takut aku silap bas. Kalau korang nak tau, stesen bas di Surabaya ni memang besar. Kalau aku cari sendiri tadi, alamat tak jumpa la..Baik2 betul orang aku jumpa hari ni.

Atas bas, aku dok sebelah tingkap. ada dibekalkan roti dan selimut untuk tiap penumpang. Maybe sebab perjalanan ni lama sama kot. Kalau korang nak tau, naik bas dari Surabaya ke Jakarta ni amik masa 20 jam oii..Bertabahlah..



Awal2 perjalanan tu nak jugak la aku ushar luar tingkap tengok tempat orang. memang aku takda niat nak sembang orang sebelah aku pun. Xda mood..Lama2 layan view kt luar tak sedar mata dah terlelap.

Sepanjang perjalanan tu ada few tempat kitorang berhenti untuk makan malam dan supper. Memang atas bas aku tdo jer. Tak larat mata aku nak buka. Aku cuma sedar keesokan pagi time bas bising2. Ada pertukaran bas untuk few penumpang. Aku dah la tak faham sangat bahasa sana. Tunjuk tiket, dia suruh turun,

Bas aku tukar ni, semacam jer..dengan pakaian orang2 dalam bas tu macam dari kampung mana2 ntah dengan berkain pelikat je ramai. Baju pun nampak lusoh tak macam nak ke bandar. Dalam hati aku, betul ke bas aku naik ni.

Nak dijadikan cerita, boleh plak bas rosak tengah jalan. Hadoiii..Lama gak stranded sebelum gerak balik. Time tu memang dah area Jakarta dah. Total perjalanan aku hari tu dah jadi 22 jam atas bas..Lama oiii..

Bas stop je, terus aku amik teksi untuk ke kedutaan Malaysia. Kat sini jangan amik teksi sebarangan especeli yang teksi sapu ni. Kaw2 dia kenakan..amik teksi bluebird takpe. Memang proper sebab dia pakai meter.

Sampai kt kedutaan, aku settle apa yang patut. Amik gambar, isi borang bagai then kena ke bahagian imigresen. Kat sini, aku tunggu kat satu tempat sementara tunggu passport aku siap. Serius rasa macam depoh tahanan. Nampak lak bilik gelap belakang tu ada beberapa orang kena tahan. Kecut perut aku takut aku pun senasib.

Tak lama kemudian, datang seorang pegawai imigresen jumpa aku minta duit. Convert to RM dalam RM50 gak. Biasa aku bayar2 ni ada resit, tapi kali ni dia tak bagi lak. Aku rasa macam masuk poket jer ni. Lepas bayar, dia pulangkan passport sementara aku.

Alhamdullilah..syukur sangat2, dengan passport tu aku dah boleh balik Malaysia. Terus minta tunang aku dapatkan tiket balik Kuala Lumpur petang tu gak. Sampai KLIA2 sekali lagi kena tahan settlekan urusan passport. Tapi xde la lama sangat.



Memang sangat2 leceh kalau hilang passport ni, Nasib baik, kejap je aku dah leh settle. Ada orang amik masa berhari2 malah berminggu sebelum dapat balik. Lagi2 kalau korang tak dapat proof masuk ke negara tersebut camna. Jadi kalau boleh tu, simpan la copy atau gambar passport, flight ticket, ic ke apa2 yang berkenaan..Sebolehnya pasport tu simpan di tempat yang selamat mungkin.

Sekian,,Bertemu lagi di lain entri,

Assalamualaikum....



































   

Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2