17 jam di Gunung Nuang



November 2017 - Bermula daripada cadangan opismate aku untuk mendaki Gunung Nuang, maka bermulalah antara salah satu pendakian paling epik dalam hidup aku. Pada mulanya, member aku ni, Nuar bercadang untuk mendaki Nuang bersama rakan2 nya dengan mengupah guide. Disebabkan aku dah pernah few times naik Nuang dan rindu yang meluap-luap untuk mendaki, jadi aku offer diri untuk jadi guide. Jadi takyah la spend beratus untuk bayar guide. 

So trip kali ni kiranya dengan member2 opis aku lah. Berbeza daripada pendakian yang sebelum2 ni, semuanya muka baru kecuali Muaz. Budak ni memang dah jadi antara muka tetap tiap kali hiking. Jadi trip kali ini dibarisi oleh 8 orang budak opis dan 2 orang kenalan mereka. Kebanyakan mereka ni masih newbie untuk hiking2 ni kecuali Bad yang dah penah naik Kinabalu sebelum ni. 

Actually, untuk first hiking dah pilih Nuang ni memang WOWW sikit la..Kalau ikutkan nak je aku suggest Gunung lain yang light2 skit macam Gunung Datuk, Gap, Tok Wan, or Bukit Kutu ke..Tapi sebab semua agree nak naik, jadi aku pun setuju jer lah..Haha

So, hari kejadian tu kitorang agree untuk jumpa jam 5 di Masjid Hulu Langat dekat simpang nak naik Bukit Ampang. Biasalah..bila plan2 tu ada gak yang lewat. So, plan asal untuk Subuh di starting point tu kitorng tukar solat dekat masjid je. Ding dong ding dong...pukul 7.30 baru kitorng start hiking. Aku tengok kawasan parking memang penuh dengan kereta sebab ada 1 group besar mendaki gak hari tu. Kitorang packing light2 je sebab memang cadang nak daypack je. Permit masuk cuma RM 1 sorang..Murah je..




Melalui jalan yang bersimen, kemudian kawasan tanah yang ada batu kerikil sampailah ke kawasan sungai, aku tengok semua masih tersenyum riang. Baru panas badan..hehe. Ada 5 atau 6 pondok yang kena lalu before sampai ke penghujung jalan tanah merah tu. Sepanjang jalan ada few hikers yang lintas kitorang. Memang Nuang ni popular sebagai tempat untuk training hiking atau trail run. 


hutan pokok buluh

take 5

last pondok


Menuju ke Kom Lolo, Kitorang perlu meredah beberapa anak sungai. Yang sayang kasut tu boleh fikirlah nak loncat2 atas batu atau buka kasut. Paling selamat..pakai kasut getah. Kaki aku tak beberapa sesuai pakai kasut getah tu. Pakai je confirm melecet. kaki pun manja..Nak lompat2 batu pun malas, jadi redha je lah kasut basah.haha..

1st river crossing


river crossing

Brader Bad yang kental

Selepas beberapa river crossing dan trekking yang x berapa jauh dalam hutan, kitorang sampai ke Kem Lolo. Kitorang ambik masa dalam 2 jam untuk sampai ke Kem Lolo. Ni kira phase2 amatur lah ni..Yang lintas kitorang tadi rasanya dah jauh ke depan. 

Kitorang lepak dalam 15 minit sambil breakfast kuih yang kitorang beli on the way daripada masjid awal pagi tadi. Kem Lolo ni memang port sesuai untuk camping sebab ada dataran yang luas dan sumber air. Nak mandi pun syiokk..Trip2 aku ngan kengkawan sebelum ni memang kitorng tidur kem lolo dulu before naik ke puncak.

air terjun di kem lolo

Pas Kem Lolo, kitorang gerak menuju ke Kem Pacat. Aku bajet dalam 2 jam untuk Lolo ke Kem Pacat ni. Dari Kem Lolo ni jalan dia dah mula memanjat dah. dah xleh nak lenggang kangkung dah. Trek sini memang well mark dah sebab memang selalu penuh dengan hikers. Melainkan korang xde sense of direction, mustahil untuk sesat. 

Trek kali ni aku rasa agak struggle berbanding dengan sebeu ni aku naik. Mana taknya, sebab malam semalam hujan yang lebat selebat alam. Jadi trek barai abis..Memang licin giler. Sebabkan licin tu, kami jadi slow sikit. Takut tergolek. Dalam perjalanan tu ada bebudak ni kaki jadi cramp. Biasa la kaki bila dah cramp ni memang dah x sedap nak jalan.


cantik pokok ni

Setelah berhempas pulas, kami pun tiba di Kem Pacat dalam jam 12.30 tengah hari. Fuhh..jumpa je Kem Pacat terus rasa lega. Dapat gak letak badan jap. Kem ni memang lapang. Selalu gak hikers setup kem ke sini before naik ke puncak keesokannya. Tapi problem kat sini sumber air jauh sikit la. tak macam kem Lolo tadi.

Kat Kem Lolo ni ada satu pokok yang unik. Pokok yang ada akar tergantung ala2 rambut rapunzel tu. Jadi kalau sampai sini, jangan lupa jenguk jap untuk bergambar dengan pokok ni. 


model2 pokok

model2 pokok

Daripada 10 oang tadi, cuma 7 oarang saja yang menyambung pendakian ke puncak. Lagi 3 injured. So, diorang lepak Pacat tunggu kitorng. Kitorang travel light untuk ke puncak. Segala jajan2, air botol extra, dapur bagai semua tinggal kt diorang yang stay pacat. cukup setakat bawa air minum sebotol and nasi goreng aku beli pagi tadi yang aku nekad nak makan kt puncak. 

Actually, aku set cut off jam 1 hingga 2 untuk sampai puncak. Lebih dari tadi tu, kitorang pusing balik. Tengok keadaan memang timing akan lari. tapi sebab budak2 ni semangat nak naik puncak, so kitorang proceed.

masih bersemangat

ini ja yang tinggal



Dari Kem Pacat, kitorng menuju ke Puncak Pengasih. Disebabkan keadaan trek yang lecak teruk  plus hujan yang turun on trek, kitorang dah lost track dengan timing kitorang untuk ke puncak.

Jalan daripada Kem Pacat Ke Puncak pengasih ni adalah klimaks untuk pendakian ni lah..Memang mencanak abis pergi dia. Memang mental lalu trek ni.. Lutut tu dah boleh paras berlaga dagu dah. Banyak tali2 untuk memudahkan hikers diletakkan kat trek. Tali2 ni memang sangat membantu. kalau takde, entah mana nak berpaut. 

dia dah start mencanak dah..




Setelah berhempas pulas separuh nyawa, akhirnya kami sampai di Pengasih. Time sampai ke Puncak Pengasih, hujan manja2 tadi dah bertukar lebat dah..Bebudak ni dah standby poco dah. Aku ngan coolnya tak pakai poco pun. Ada jer dalam beg. Tapi jenis aku memang suka main ujan kot. Asal cover beg tak basah dah la..Sebut pasal beg, beg pun aku baru beli few days before naik Nuang. Tu pun 25L je..Sebelum ni beg aku 65L aku dah jual. Ingat dah nak retire hiking dah..haha

Dari Kem Pengasih menuju puncak, trek dia dah boleh rileks sikit dah. tak ada lah nak mendaki all the time. Kawasan sekitar pun dah mula berlumut dan ada bunga2 tumbuh. Kalau tak hujan, aku rasa dah banyak gambar dah ambik. 

batu loncatan..



Trek dari pengasih ke puncak ni tiba2 start menurun. Best memang best. Tapi mengenangkan balik nanti nak kena panjat balik, tu yang down tu.. Tiap kali ada hikers lintas kitorang bila diorang on da way balik, mesti kitorang tanya berapa jauh lagi nak sampai.

Tak berapa lama lepas asyik menurun tu..trek dah start mencanak balik. tapi tak lagi kawasan bertanah. sini lebih banyak trek berbatu. Sini gak ada tali2 untuk memudahkan hikers memanjat. Belakang aku ada Pojie dan Dhia. Aku tengok Dhia dah macam super penat. siap nak tidur on terk lagi. Gagahkan diri nak naik puncak je tu. Pojie steady tunggu jadi sweeper belakang. Steady lak aku tengok mamat ni macam x penat pun.

On the way tu boleh lak paha aku cramp. Bukan sebelah tapi dua belah..Bebudak depan aku ni dah macam hilang dari pandangan nak minta hulur minyak panas pun. Yang belakang aku Pojie dan Dhia pun dah tak kelihatan. Struggle gak la tahan sakit sambil memanjat tu.


poco poco

Akhirnya..Kami tiba di Puncak jam 3 lebih. Berbeza dengan trip2 aku sebelum ni, puncak hari ni memang sangat2 sejuk. Kira dah leh lawan level Irau dah ni. Dengan angin dan kabus tebal dia..Fuhh..sampai ke sum2 tulang sejuknya. Cuma ada beberapa hikers masa kitorang sampai puncak. Kebanyakannya dah gerak turun dah. 

Makanan paling sedap di alam semesta

bukan posing tapi dah freezing

Dalam 30 minit kitorang kt puncak, kitorang pun gerak turun. Tak tahan sejuk oiii..Sian lak bebudak yang tunggu kem pacat tu. terpaksa tunggu kitorang turun. Dok pk gak mana diorang berlindung time hujan tadi..

gambar sebuah kejayaan

team boboy

team gegirl

Lepas melepasi trek2 yang agak bahaya dan curam time turun tu, hujung kaki dan lutut aku dah mula sakit. maybe sebab langkah tersangkut2 jalan reramai tu. Jadi aku amik keputusan untuk cepatkan langkah aku dan tunggu bebudak tu dekat kem pacat je. Jadi masa sampai kem pacat tu memang kami sampai asing2..Muaz dan bad sampai agak lewat sebab Muaz injured on the way turun. Aku pun tak perasan bila mamat ni injured. Selalu dia slow n steady ja..

Time dekat Kem Pacat tu dah jam 5.30. Jadi aku minta semua jalan sekali in case sampai Kem Lolo nanti dah gelap. Dari Kem Pacat ke Lolo ni lah tragedi bermula..Kami terpecah kepada 2 group di pertengahan jalan tu. 6 orang ada di depan. Aku, Naim, Bad jalan slow2 sebab Muaz xleh nak gerak laju dengan kaki yang injured.

Tak berapa lami kitorang jalan berempat, kitorang berjumpa dengan Dhia dan Dinie. Diorang ni slow down sebab Dhia injured tengah jalan. So dari berempat, kitorang gerak bereenam.

dengan trek licin camni. memang mental

Nak dijadikan cerita, hari dah gelap tapi kitorang masih jauh dari Kem Lolo. Lebih malang dari 6 orang cuma aku ngan Bad ja ada headlamp. Ni serius nak angin..haha. Mana taknya, dari awal aku dah pesan bebudak ni suruh bawa headlamp. Sebab aku memang dah expect keluar malam. Even tak keluar malam pun, masuk hutan ni kalau boleh memang kena spare emergency tools macam headlamp, pisau, lighter. Mana la nak tau sesat dalm hutan ke apa..

Jadi boleh bayangkanlah jalan 6 orang dengan 2 headlamp. Handphone masing2 lak dah habis bateri nak guna torchlight dari handphone. 1 lampu kena suruh untuk 3 orang. Jalan depan sikit kena suluh untuk orang belakang lak..Seriously..the struggle is real dengan trek yang dah xda rupa trek dah sebab lecak teruk. Lambat gila rasa nak sampai ke Kem Lolo. Nasib baik ada reflector cahaya yang dilekatkan kt pokok2 sebagai panduan. Kalau tak, aku rasa aku pun dah sesat.

bye2 kasut

Boleh lak tengah jalan tu sampai satu tempat tu terbau hamis yang lain macam..hamis ni aku kata kalau tak babi hutan, bau rimau ni. Siap ada bunyi menderam lagi. Tapi dalam keadaan tu aku pun dah tak tau nak buat. Sambil jalan tu memang tawakal jer la..dok pk pasal pisau dalam zip atas beg aku ja in case ada benda keluar dari semak tu. huissshh..minta simpang..

Tengah2 jalan tu Dhia leh tegur macam ada cahaya headlamp orang lak..Mana ada orang lain oii. memang kitorang yang last sekali on track. orang lain semua dah pintas kitorang awal tadi. Hopefully tu just reflector cahaya kt pokok jer la..Teringat lak aku masa naik Gunung Datuk dulu. Time hiking tu waktu awal pagi. Masa rehat on trek, memang aku nampak cahaya macam orang bawa obor. Ada few orang..bila makin hampir tu memang dengar la macam orang sembang2. Tunggu punya tunggu tak ada orang pintas aku pun. cahaya tadi pun ilang camtu ja..serius meremang bulu roma bila teringat balik. haha..

Berbalik kepada Nuang tadi, hati ada sedikit gembira bila dah dengar bunyi air terjun sayup2..Tau dah air tu dah dekat ngan Kem Lolo. Dalam hutan yang gelap gelita tu nampak kelibat cahaya datang. ni memang kelibat orang lah..kelibat yang kitorang semua kenal. Nuar naik balik cari kitorang, Alhamdullilah, ingat diorang dah gerak dah smpai ke kereta. Haha..Memang berani betul mamat ni masuk balik hutan sorang2. 

Lega yang teramat bila kitorang dah jejak kem lolo..bebudak lain tadi dah lama tunggu kitorang dekat sini. Kitaorng lepak dalam 30 minit sebelum sambung perjalanan. Bila kitorang gerak semula, kitorang gerak dalam satu group dengan masing2 yang ada headlamp ambik partner dengan yang tak ada. Sebab yang bawa headlamp pun ada 5 orang, lima lagi tak ada.

2 jam setengah kitorang sambung berjalan dengan baki kudrat yang ada untuk sampai ke tempat parking. Fuhh..2 jam setengah yang sangat panjang. tadi datang pagi tadi rasa cam kejap je jalan ni. 

Kitorang sampai parking dalam dekat pukul 1 gak. Alhamdullilah semua selamat walau ada few dari kitorang yang injured and dah pasti esok ramai lagi bila bangun tido rasa penangan Nuang ni..haha. Tak kurang yang famili risau sebab tak dapat contact sebab bajet boleh sampai keluar awal. 

Anyway, memang satu trip yang aku takkan lupalah..Terima kasih kepada kawan2 yang join. Walau struggle macam mana pun, memang trip yang enjoy..

Hingga jumpa lagi..

Assalamualaikum....



































Comments

  1. Kalau nk naik nuang nnt, boleh amik jd guider lg x? Ka dh pencen? Hahaha..

    ReplyDelete
  2. Berdebar baca cerita nie > <

    ReplyDelete
  3. Package tour Bali Indonesia 4D/3N

    📌DAY 1 :
    - Jemput di airport
    - Pandawa beach
    - Uluwatu beach
    - Padang2 beach
    - Dinner bbq seafood.
    - Check in hotel

    📌DAY 2 :
    - Taman ayun
    - Bedugul
    - Lunch local restoran
    - Tanah lot
    - Dinner local restoran

    📌DAY 3 :
    - Desa pengelipuran
    - Kintamani
    - Lunch lokal restoran
    - Tirta empul (tampak siring)
    - Oleh oleh khas bali
    - Dinner lokal restoran

    📌DAY 4 :
    - Check out hotel.
    - Kuta beach
    - Tanjung benoa
    - Joger
    - Lunch lokal restoran
    - Drop to airport

    INCLUDE :
    - Hotel
    - Transport (mobil, sopir, bbm)
    - Makan (Breakfast, Lunch, Dinner)
    - Entrance fee/Tiket masuk wisata
    - Parkir2

    EXCLUDE :
    - Tiket pesawat
    - Tiket permainan/pertunjukan
    - Tiping

    Thanks/regards
    Facebook. ; Akfan
    Call/WhatsApp : +6281262388907
    Instagram. ; Akfansyah
    Email ; Akfansyah123@gmail.com
    Web ; www.packageholidayindonesia.com
    Melayani # package tour # Adventure # Tracking # Haiking # Rafting #

    ReplyDelete
  4. Kalau mo ambil jadi guide untuk tahun depan nii boleh lagi ka...hehehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2