Camping di Port Dickson

Assalamualaikum, Entry kali ni aku nak cerita berkenaan aktiviti camping kami 3 beranak di Port Dickson. Actually dah lama plan nak camping ni. Awal hari tu plan nak buat di Janda Baik. Tetapi bertukar ke Port Dickson. Campsite yang kami pilih adalah Seri Ratu Campsite. So, pada tanggal 14 Sept 2019, kami pun bergerak ke Port Dickson. Perjalanan daripada Semenyih cuma mengambil masa sejam lebih sahaja. Kami tiba di PD lebih kurang jam 11.30 pagi dan terus ke Campsite. Nak ke sini cukup mudah. Terletak cuma depan sikit daripada famous Pantai Teluk Kemang, anda akan nampak signboard pantai ni. Tak pun, just letak di maps atau waze nama Seri Ratu Campsite. Pantai Depan campsite Bayaran dikenakan adalah Rm30 untuk khemah sendiri, parking rm5 per car dan bayaran rm5 per head.. So total harga kami bayar harganya RM45 untuk camping. Tempat bayaran masuk Fasiliti sini complete. Ada tandas dan bilik air, surau, park...