Menawan Gunung Semeru





Mei 2015, aku, tunang aku dan 4 lagi member dalam misi menawan puncak tertinggi di Tanah Jawa dengan ketinggian 3,676 meter. Gunung Semeru ni juga dipanggil sebagai Gunung Mahameru yang membawa maksud "The Great Mountain". Gunung ni still aktif tau..First time ni aku nak panjat Gunung Berapi.

Perjalanan kami bermula dengan suasana kelam kabut di KLIA2. Mana taknya, sampai dah awal, tetapi sibuk tunggu orang dan punggah barang dari beg sedar-sedar dah lepas waktu check in luggage. Time tu pun dah final call dah flight ke Surabaya. Dah sudah...kelam kabut masing-masing berlari untuk check in. Sampai tempat luggage, dah tutup. Abis tu minyak masak, hiking stick bagai acaner. Beg masing-masing dah konfem2 berbelas kilo. tawakal jer la.. Alhamdullilah nasib baik lepas semua. Maybe diorang pun malas nak check sebab dah lama flight tunggu kitorang. 

Setibanya di Juanda Airport Surabaya, kami disambut oleh guide kami. Kitorang semua dibawa menaiki van ke Daerah Malang. Memandangkan dah hampir lewat malam. Aku pun tertidur sepanjang perjalanan. Sedar-sedar saja kami dah ada di sebuah rumah milik Pak Arsy. Di situ kami berehat sebelum bergerak ke Gunung Semeru. 

Keesokan pagi, kiotang naik 4WD bergerak memulakan perjalanan ke tempat pendakian. Makin dekat dengan Gunung Semeru, makin sejuk cuaca. Melalui tebing-tebing bukit, dengan pemandangan yang sangat2 cantik..Subhanallah.. 

Banyak penduduk tempatan menanam sayur-sayur di lereng bukit. Ada juga aku perasan penduduk sini tanam epal di halaman rumah. 4WD yang kami naik ni actually xlah besar mana. kami cuma duduk di bahagian belakang yang tak berbumbung. Memang fresh air betul la..Selain kami berenam, kami turut ditemani oleh 3 guide kami, Bayu, Wamina dan Baihaqi.

Dengan keta ni lah kami gerak ke Semeru

Boleh la duduk sikit..

Kami singgah sebentar di satu kawasan yang ada papan tanda Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Singgah tu bukan singgah saja. Kat sini saja dah berpuluh gambar. Memang cantik tempat ni dengan view gunung ganangnya. 








RANU PANE - RANU KUMBOLO

Setelah puas bergambar, kitorang meneruskan perjalanan ke starting Point Gunung Semeru. Nama tempat ni Ranu Pane. Di sini, kami melapor diri dan mendengar taklimat berkenaan keselamatan dan tatacara semasa mendaki. Pada mulanya kitorang cuma ambil guide bersama kami. Tapi memikirkan barang makanan yang kami bawa agak banyak dan berat, jadi kami ambil keputusan untuk upah seorang poter untuk mengangkut barang2 tersebut.


Persediaan mendaki dan dengar taklimat

Makan dulu sebelum hiking

View kebun sayur sebelum start hiking



Pintu masuk Semeru

Awal permulaan trek kawasannya landai dan santai saja. Cuaca pun sejuk jadi tak ada la rasa penat sangat. Kalau tak silap aku ada 4 pos sebelum sampai ke Ranu Kumbolo. Budak2 ni memang pantang bergambar. Tiap kali stop je, ada ja gambar nak diambil. Guide2 aku pun happening dan layankan ja.



yup..we are on the right track

semua 9 orang ahli

berkabus..



serius gambar dalam kamera penuh dengan makcik ni ja..




RANU KUMBOLO

Sampai je Ranu Kumbola...Fulamak!! semua terpegun dengan kecantikan tasiknya. Cuaca time tu memang sejuk dengan kabus tebal. Mungkin sebab dah merangkak senja. Ranu di sebenarnya bermaksud tasik. Tasik sini memang cantik dan airnya bersih. 








muaz cacat










belakang tu lah tapak perkhemahan

Ranu Kumbolo ni lah tempat kitorang bermalam dan berehat. Selain dari kami, ramai gak pendaki2 lain. Semuanya berkhemah di sepanjang tasik. Di sini turut disediakan kemudahan tandas. Tapi jangan expect macam kt rumah or public toilet sekalipun. Sini tandas dia cuma ada dinding penghadang, berbumbungkan langit. Bawah ada lubang untuk buang harta karun korang tu.

Malam tu kami masak spagetthi. Chef Zali la lead masak memasak malam tu. Khemah, guide kami bawak. Diorang satu khemah, pompuan satu khemah n laki satu khemah. Berhimpit la kami bertiga dalam khemah kecik tu. Selesa tu memang tak selesa. tapi nak adventure camni lah..nak selesa baik dok umah. 


makan sejuk2 memang nikmat..

Suhu di sana memang sangat sejuk dan boleh negatif celcius. Tak caya?? Kami bangun pagi tu memang tengok frost embun yang turun semalam. Semua dah jadi ais..Aku bangun awal pagi tu. maybe sebab sejuk sangat kot. Sampai dah tak rasa telinga aku. Malam semalam pun aku tidur pakai baju 3 lapis. Still sejuk..

Sunrise dari celahan bukit memang sangat2 indah..Subhanallah..xda ungkapan lain nak gambarkan cantiknya tu. Aku nampak tasik pun macam keluarkan wap something. xtau lah sebab apa. BTW, lupa nak mention, tasik sini tak boleh mandi atau buang air tau. memang dijaga..cuma boleh ambil air untuk minum dan sebagainya. Sebelah hujung tasik ni ada kawasan pokok yang ditanda dengan kain putih. Dilarang keras untuk main2 di sini..Katanya keras..Wallahualam..

sunrise...

ada wap2 air keluar


shooting untuk wedding.haha

khemah pendaki2

Chef Zali in action



feelin2 jap di pagi hari

Kalau korang nampak la, sini tulis suhu minimal -5 hingga -20

kanak2 ceria
RANU KUMBOLO - KALIMATI

Setelah breakfast, gambar sini sana, kami berkemas untuk ke checkpoint seterusnya. Di sini, kami melalui jalan bukit yang dinamakan tanjakan cinta. Menurut mitos, kalau naik tanjakan ni tanpa toleh ke belakang, kita akan dapat perempuan yang dihajatkan..Tunang aku dah ada kt sana gak. jadi tak ada orang lain dah aku nak. So..boleh la pusing belakang pun.haha..

melalui tanjakan cinta

breathtaking view

Selepas Tanjakan cinta, kami melalui kawsan padang yang luas dan sangat cantik. Nama tempat ni unik sikit. Oro Oro Ombo..Tempat ni kalau kena time dia macam yang kitorang pergi hari tu memang cantik sebab ada bunga2 lalang yang bewarna ungu seakan2 lavendar.












Selepas Oro2 Ombo, kami melalui kawsan redup yang dipenuhi dengan pokok2 dan bunga. Nama tempat ini ialah Cemoro Kandang. Lepes Cemoro Kandang ni, kawasan pendakian jadi agak berbukit. Kitorng yang dari tadi selesa dengan jalan mendatar dari Oro2 Ombo struggle skit la..

Pos Cemoro Kandang




Selepas Cemoro Kandang, meghampiri pos Kalimati, Gunung Semeru mula kelihatan, Boleh ke panjat ni? Nampak tinggi benau..Sebelum ni kt Malaysia hiking gunung yang santai2 je.





KALIMATI

Di sini suhunya sejuk walaupun di bawah sinaran matahari. Kami tiba di Pos Kalimati dan terus sediakan barang2 memasak. Mana taknya..lapar kot. Aku perasan gas memasak kitorang cepat habis di sini. Mungkin sebab kawasan lebih tinggi, pembakaran memerlukan lebih banyak oksigen kot. Tu teori aku lah..haha


menu lunch



Pos Kalimati ni merupakan tempat rehat terakhir sebelum summit attack Gunung Semeru. Kat sini ada tandas dan sumber air. Tandas dia lebih kurang sama macam dekat ranu Kumbolo. Sumber air kat sini lebih kurang setengah jam jalan gak dari pos.Disebabkan air dah x cukup nak minum dan masak, jadi kitorang pun decide untuk ke tempat sumber air tu gak.

jalan2 cari air

worth explore tempat air ni pun..view cantik

Tandas yang tak berapa nak tandas

Gunung Semeru tengah menyembur



Selepas makan dan berhat, kitorang masuk tidur. Memang awal kitorang tido. Sebabnya...before tengah malam lagi, kitorang akan start hiking dah. Summit Attack!!

SUMMIT ATTACK

So, lepas tido2 ayam tu, kitorang bangun siap2 untuk ke puncak. Kitorang pack light2 ja. Bawa air, kudapan sikit, head lamp, camera n off we go!! 

Aku cuak betul time hiking ni. Disebabkan keadaan yang gelap, yang dapat aku rasa cuma pasir di depan. lampu head lamp pun tak dapat suluh jauh mana pun. Disebabkan pendakian tu agak curam, sekali sekala terfikir, kalau terlentang belakang ni sampai ke mana la aku akan bergolek. SERAM oiii...Bila panjat permukaan pasir ni, memang struggle yang amat. Tiap kali langkah, mesti akan terundur ke belakang. Nasib baik aku bawa hiking stick aku. Memang sangat membantu. Aku bawa dua asalanya. Tetapi sian aku tengok member aku Muaz ni terkais2 pasir tu, aku bagi la pinjam satu. So, aku guna 1 ja.

Aku jalan beriringan dengan tunang aku dalam jalur yang ramai2 orang. Semua menuju ke puncak. Member2 aku yang lain dah tak kelihatan dah. Masing2 ikut pace masing2. Permukaan pasir yang berdebu buat aku rasa sesak nafas. Terpaksa tutup muka dengan kain untuk elakkan debu masuk hidung dan mulut. Bintang memang terang betul malam tu. tak pernah aku tengok bintang secantik tu dalam hidup aku. Sambil ambil nafas tu, boleh la feeling2 romantik sikit dengan tunang aku..haha.

Alhamdullilah..setelah berhempas pulas. Akhirnya aku berjaya sampai ke puncak. Time tu, guide2 aku, Zali dan Muaz dah samai dulu. Aku sampai tu a bit later dari sunrise..Kiranya nice timing la. Sun tengah rise lagi.haha. Tak lama kemudian, Jijah n Ezza pun sampai. So complete mission kitorang berenam untuk sampai ke Puncak Semeru. Alhamdullilah...syukur sangat2.


we are from Malaysia

Puncak Semeru atau Mahameru

belakang tu letusan gunug Semeru

we mad it!!




Puas kitorang bergambar, baru kitorang turun. Actually, puncak Semeru ni cuma boleh stay sampai pukul 10 ja. Sebabnya, asap yang gunung berapi ni muntahkan tadi akan beralih arah menuju ke puncak gunung lepas pukul 10. Asap ini muntah tiap selang beberapa minit diikuti dengan bunyi yang macam bom meletup. And asap ni beracun..

Nak naik bukan main seksa, nak turun tu rasa kejap je. Bukan apa..sebab dok mai gelungsur pasir tu. Syioookkk Oooo... Tapi jaga2, ikut jalur laluan yang betul. Silap haribulan nanti korang terjun tempat curam lak.




On the way turun tu, aku terjumpa seorang budak indon ni minta air. Aku tengok dia naik ke puncak tak bawa apa2 pun. Bibir dia aku tengok dah kering gila. Muka pun dah pucat. Jadi aku bagi sebotol air aku kat dia. Aku pun dah nak turun, jadi takde la nak air sangat. So, nak naik sini make sure bawa air cukup..Takut dehydrate pengsan kt atas, sapa lak yang nak bawa korang turun..

Kitorang semua berjaya sampai ke Pos Kalimati dengan selamat..syukronn. tapi hari ni akan jadi hari yag menguji mental dan fizikal kitorang di tahap yang paling masksimum. Turun je kat khemah, kitaorng lunch dulu, kemas barang dan terus gerak.

KALIMATI - RANU PANE

Hari ni kitorang akan jalan non stop dari turun puncak tadi, ke Kalimati, terus ke Ranu Kumbolo dan Ranu Pane. Perjalan yang kitorang amik masa 2 hari 2 malam sebelum ni nak cover dalam 1 hari..Fewwww..Pewai Gila. Dalam perjalanan tu, dah mencarut bagai. Member2 aku boleh nyanyi2 lagi on the track tu..Siott

Kitorang sampai di Ranu Pane dah hampir tengah malam. Sampai je, kiotang cari makan dulu. Aku bedal 3 pinggan nasi. Btul2 lapar time tu. haha..

Malam tu kitorang ambil bilik di Ranu Pane sebelum gerak 3 pagi esoknya..Esok time jalan2 lak.

Pendakian Semeru sampai di sini saja. Walaupun dah 2 tahun berlalu sejak hiking tu, aku masih ingat semua memori time kat sana. Tunang aku tu pun dah jadi bini aku n now dah ada anak dah pun. Namun tak dapat dinafikan, Gunung Semeru ni memang sangat2 cantik, sangat unik. Tambah lak pergi dengan geng yang sekepala. Layan wei..

Di lain entri aku akan cerita tentang jalan2 di area Bromo lak. BTW, yang ada nak ke Semeru boleh la layan citer indon tajuk '5CM' yang berkisar tentang 5 kawan hiking gunung Semeru. At least amik feel sikit nak hiking sini

Oraitlahh..Sampai di sana pendakian di Semeru..Yang pasti, aku akan datang balik tempat ni..Sehingga berjumpa lagi..

dari kiri: Yazisa, wandy, Muaz, Wamina, Ezza, Jijah, Bayu, Zali, Baihaqi


















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 1

Camping di Port Dickson

Percutian di Hanoi & Sapa - Part 2